Skip to main content

mengopak hari, mencari erti.

sudah 2 minggu aku berada dalam perancangan Illahi, berurusan dengan karenah duniawi mungkin juga ukhrawi.

Berada dalam sebuah program tarbiyah/motivasi pelajar sekolah(SMKA KEDAH) benar-benar membuatku leka diulit cinta kepadaNYA. Ia terjadi kerana pergantungan kepada Illahi. Benar, tatkala kita serahkan segala-galanya pada Illahi, kita akan merasakan sense yang sukar digali namun mudah dicari.
Sedikit sebanyak coretan mengenai pelajar SMKA Kedah. Kalian mempunyai potensi jelas untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut pelajaran, bahkan perjuangan.

Perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapus kebatilan. Semangat yang ada dalam diri kita ini seharusnya dijadikan medium untuk kebaikan, bukannya kehancuran. Cuba kita teliti dua situasi yang berbeza ini:

1- bersemangat untuk ke medan jihad samaada Jihad dalam menuntut Ilmu atau memerangi musuh.
2- bersemangat untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti lumba haram atau tengok bola tengah malam.

pilihan mana yang kita akan pilih??

sudah pasti sesuatu yang membawa kepada kebaikan diri dan seluruhnya.

Kepada adik-adik SMKA Kedah, jadikan pengalaman dan ilmu yang dikongsikan sebagai pedoman dan praktikkan sepanjang hayat. Jangan abaikan pengalaman atau lebih tepat hanya bersemangat ketika program berlangsung sahaja, tetapi biarlah diri kita bersemangat untuk selama-lamanya. Istiqomah dalam kebaikan.

Bersemangat dalam menuntut ilmu dan menjalankan kerja-kerja islam samaada dari segi Ibadah khusus atau umum.

Berbicara soal SMKA, Penulis terbayangkan sekiranya kejayaan Shahir dalam rancangan akademi Fantasia bisa membawa satu fenomena baru dalam industri Dakwah negara kita. Cuba kita jeling dari sudut kemampuan beliau untuk membawa imej Islam melalui saluran kejayaan yang diperolehinya. Beliau juga pernah menuntut di SMKA Slim River Perak dan mendalami ilmu-ilmu agama. Sekiranya beliau menggunakan ilmu yang dipelajari untuk berdakwah dalam industi yang diceburi  alangkah baiknya. Saya doakan beliau mengotakan kata katanya suatu ketika dahulu. Berdakwah secara universal. Amin.


.......

Comments

ReM said…
salam... tahniah DR. ASY! kerana anda seorang yang prihatin...

semakin hari semakin ramai yang berminat untuk menjadi artis... sedangkan perkara ini hanya menambah keburukan imej Islam itu sendiri..

ARTIS... sebut sahaja artis, pasti orang akan membuat pelbagai andaian buruk mengenai mereka... yang kadang2 hanyut dengan dunia mereka... (nauzubillah)

Musuh2 Islam sedang rancak memerhatikan kita. Rancangan mereka untuk menggunakan 'SONGS' sbg 'medan dakwah' mereka berjaya akhirnya...

Bersama-samalah kita berusaha & berdoa agar mereka menggunakan medan dunia hiburan ini untuk menegakkan & menyebarkan ISLAM...

(ameeennn)

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu