Skip to main content

Sekilas mengenai Pengantar Syariah..

MEOR FARID ASYRADI BIN MEOR ZAHIDI  
-Penghantar Syariah-


“Apa itu syariah? adakah hanya menyatakan sesuatu itu haram? Makruh? Harus? wajib dan sebagainya?” Syariah Islamiyyah boleh didefinisikan sebagai hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya. Samada yang berkaitan dengan aqidah,ibadat,akhlak,muamalat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Sesetengah orang ada menyatakan bahawa jika sudah mempelajari ilmu syariah berdasarkan buku teks dan sukatan yang ditetapkan oleh pihak tertentu sudah mencukupi untuk memahami apa itu Islam. Namun, cuba kita fikir sejenak, mengapa adanya kursus atau bidang- bidang syariah di kolej kolej , Universiti tempatan malah Universiti antarabangsa itu sendiri. Sudah pasti Ilmu Penghantar Syariah itu penting dan perlu dipelajari walaupun kita bukan di dalam bidang Syariah itu sendiri. Syariah umpama satu bahtera yang luas yang membawa pelbagai muatan untuk menuju satu destinasi yang dituju iaitu mengetahui apa itu Islam dengan lebih terperinci seperti contoh pensyariatan mengerjakan haji, solat, puasa zakat dan sebagainya. 

Cuba kita bayangkan sekiranya kita tidak tahu mengapa kita disyariatkan dengan perkara- perkara ini. Sudah pasti kita akan melakukannya menurut kehendak nafsu kita dan tanpa merasakan ia mempunyai hikmah yang besar di sebaliknya. Melalui ilmu Syariah, kita mampu merungkai persoalan- persoalan yang Allah anugerahkan kepada hambanya. Contoh lazim yang selalu kita dengar iaitu keizinan memakan  daging khinzir ketika darurat di mana ketika itu kita tidak dapat menemukan makanan yang boleh dimakan selain dari daging itu, bukankan ia merupakan satu kebaikan atau kemaslahatan bagi mereka yang benar-benar diuji dalam keadaan darurat sehingga diizinkan untuk memakan khinzir yang pada awalnya adalah haram untuk mengelakkan dari kemudaratan yang lebih teruk umpama mati kebuluran.


Pembinaan Syariat Islam hanya berlaku pada zaman baginda Rasulullah masih hidup. Baginda berpegang kepada dua wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Maka pada waktu hidup itulah prinsip-prinsip umum Islam diciptakan dan hukum-hakam diwujudkan. Secara ringkasnya, kaedah-kaedah Syariat ini sudah dimantapkan manakala dasar-dasarnya telah ditegak dan disempurnakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.  Sama juga dengan pembinaan sesebuah negara, jika negara itu dibangunkan dengan asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar yang mantap, sudah pasti negara tersebut tertegak dengan gahnya. Metodologi Syariah juga boleh diertikan sebagai kaedah ataupun bagaimana Syariah dilaksanakan. Dalam hal ini pasti kita terfikir bagaimana Islam mempunyai empat mazhab yang utama disamping pelbagai mazhab yang lain. Dalam setiap mazhab perlaksanaan syariah itu berbeza-beza mengikut pendapat para imam mazhab tersebut dan ada sesetengah pemegang mazhab yang terlalu taksub dengan mazhab yang dipegangnya. Nah, di sini pasti wujudnya kekeliruan bagi mereka yang tidak mendalami ilmu syariah dan sebagainya dengan lebih terperinci untuk memahami khilaf atau perbezaan pendapat yang membawa rahmat kepada semua.Analoginya mudah seperti gerabak kereta api, kereta api mempunyai satu landasan yang  membawa penumpangnya kepada satu destinasi yang dituju dan cuba kita klarifikasikan landasan ini sebagai pegangan AL Quran dan sunnah, namun ada perbezaan dalam setiap gerabak iaitu ada gerabak yang mempunyai katil, bilik dan ada juga gerabak yang hanya disediakan kerusi serta meja. Perbezaan- perbezaan ini pada amnya adalah bagi kemudahan penumpang. Namun pada hakikatnya adalah untuk menuju ke arah satu destinasi iaitu memahami dan mengamalkan cara hidup islam yang bersifat syumuliah.


Konklusinya, kita dapat lihat bagaimana fungsi sumber-sumber syariah dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul yang merangkumi semua aspek dan keadilan. Selain itu,kita juga dapat lihat bagaimana sesuatu hukum itu boleh berubah mengikut keadaan sesuatu tempat dan kesesuaian dengan masa. Dalam pada itu juga kita dapat melihat bagaimana sumber syariah itu boleh diwujudkan melalui Qias, Ijtihad dan sebagainya oleh para Imam yang mampu  berijtihad  dan kesemuanya berdasarkan dan tidak lari daripada dua sumber utama iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Alhamdulillah. Score A for this first Individual Assignment:)

Comments

::Madu Lebah:: said…
penghantar ke pengantar?
Srikandi Abi. said…
salam alaik~

syeikh.... ni jawapan bgi tajuk assemen yg ne 1 ek???
Anonymous said…
slm...enta ..IEH 100025 ke?? em, rasanya enta dpt A...mabruk. mohon izin ambik idea?boleh?
MR Traveller said…
Maaf..ye pengantar syariah..silap eja..
tajuk pertama.
Silakan..tapi AWAS..jgn sama..cuma ambil cara penulisan.Anda pasti akan dikesan..sebelum tu..siapa anda anonymus???.
Alhamdulillah..:)

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu