Parent dan adik-adikku datang pada 15/3/2010.
Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta Gen2 kuning.

mereka semua menginap di hotel Sabrina Kota Bharu.Saya dan sepuluh orang sahabat yang lain pergi ke kampung Kalai Jeli untuk melawat keluarga angkat di sana.Petangnya pula kami berehlah di Lata Janggut.Sewaktu BAKSIS yang lalu tak dapat mandi di Lata Janggut kerana kepadatan tentatif program.Malamnya pula,Masing-masing menginap di rumah keluarga angkat.keesokannya,kami meneroka Gunung Reng.Gunung yang pernah saya ceritakan sejarah kekononannya sebelum ini.Dapat juga mendaki gunung ni.Sebelum ini hanya mampu melihat dari luar je.Kemudian kami ke rumah Rasyid dan seterusnya kembali ke Nilam Puri.
Selepas Solat Zohor Saya dan keluarga pulang ke Perak.Dapat juga saya merasa memandu ke Perak menyelusuri banjaran titiwangsa.Alhamdulillah selamat sampai pada malamnya.Ya Allah,sudah 2 tahun aku berada di Nilam Puri.Sungguh banyak pengalaman yang ku terima persoalannya apa sumbanganku pada APIUMNP??.NILAM PURI>KUALA LUMPUR.

Info*sedang menguruskan jadual cuti
*kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi.Apa peranan kita??
*He pingping(GAMBAR) yang merupakan manusia terkecil di dunia meninggal dunia.
Comments
salam kasih sayang ;)
hmmm~ insyaAllah, ada sumbangan "tersembunyi" yg radi x sedar.. mohonlah agar setiap langkahmu di nilam puri ada nilaiannya di sisi Tuhanmu yang Maha Esa.. teruskan perjalanan kehidupanmu, yang lepas, biarkan ianya berlalu.. terus melangkah kehadapan. masih ada yang "menanti" di hadapan =)
~ ada jodoh, jumpa lagi ~ =)