

Dewan makan Renaissance menjadi saksi kepada kami iaitu pelajar yang akan memasuki ke alam sebenar universiti tidak lama lagi.Sudah 4 semester kita bersama dan malam tadi kita berada di bawah sinaran cahaya lampu kristal yang bernilai mencecah ratusan ribu ringgit untuk majlis Malam Anugerah Kolej.Perasaan takjub sedikit terpancar di hatiku kerana tidak sangka dapat memasuki tempat semewah itu.Jika selama ini kuhanya merenung kotak banggunan yang mempunyai ketinggian 20 tingkat dan dikatakan merupakan hotel bertaraf tiga bintang,tetapi pada malam tadi aku berjaya memasuki perut banggunan tersebut dan menguntai sebuah kronolgi kehidupan.
malam Anugerah kolej diadakan untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pelajar yang telah memberi sumbanngan dan khidmat kepada kolej.Antara individu yang menerima anugerah-anugerah tersebut ialah MPP/JTK,pengarah-pengarah Program(aku sebagai pengarah program piala pengetua),anugerah kepada para penyelia kolej,Tokoh pelajar cemerlang(Idris&Fatimah),Tokoh pelajar aktif(Tolhah&hayati) dan Tokoh Pelajar(Bukhairi&Yanny).

sambil telinga mencuri dengar alunan nasyid tanpa muzik yang dipersembahkan oleh sebahagian ahli nasyid Al Hararr.(berlatih terlalu sekejap,kesannya tetamu sahaja yang layak menilai('',).Majlis Malam Anugerah Kolej ini ditutupi dengan sesi fotografi dan beramah mesra antara satu sama lain.Semoga Ukhwah kita berkekalan dan kehidupan di UMKL menjadi bukti dan saksi kekuatan ukhwah kita iaitu Ukhwah yang mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.Aminn.
SORRY AND THANKS TO ALL MY FRIENDS
terutamanya kepada roomateku wan akram yang turut menerima anugerah pengarah program 3k3b.
(gambar di atas memegang sijil anugerah:)
terutamanya kepada roomateku wan akram yang turut menerima anugerah pengarah program 3k3b.
(gambar di atas memegang sijil anugerah:)
Comments