Berita pemergian Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah , Syaikhul Azhar al-Syarif sangat membuatku terkejut.Seoarang Ulama besar yang sangat hebat berkata-kata dan mengamalkannya telah pergi buat selama-lamanya.Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah.
Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.Beliau dikisahkan sangat khusyuk membaca sehinggakan beliau mengarahkan seorang pembantu untuk mengingatkannya sekiranya masuk waktu solat.lihat betapa cintanya beliau pada ilmu.Cuba kita fikirkan mengenai diri kita??.
Syaikhuna wafat pada pagi 10 Mac 2010 di Makkah al-Mukarramah ketika hendak berangkat pulang ke Mesir.Beliau pergi menemui Allah taala pada umur 82 tahun. Sebelum sempat menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Khalid al-Dauli di Riyad beliau diserang sakit jantung dan dibawa terus ke hospital, namun Allah taala lebih menyayangi ulamanya ini. Beliau dijangka akan dimaqamkan di Baqi’ al-Gharqad berhampiran Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Rasul sallallahu alaihi wasallam. Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.
Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam.

Comments