Skip to main content

Pro-Murni udah usai('',)











Sabtu-5/9/09 Pegkalan Chepa:Alhamdulillah,segala
puji bagi Allah yang memberi kekuatan kepada ana untuk menghela nafas di dunia ini,,moga setiap helaan nafas membawa kebaikan kepada diri..Entry kali ini ana lebih menjurus kepada program majmuah yang telah selamat disempurnakan,,sekelumit perasaan sebak menusuk ke dalam rongga jiwa tatkala bersama-sama dengan insan pilihan Allah,,mengapa ana sebak??sebak kerana kehidupan diorang yang penuh onak duri,,ketiadaan ayah dan ibu..walaupun mereka diuji oleh Allah dengan cara mengambil insan yang mereka sayang,tetapi mereka tabah menghadapi dugaan"boleh terima x pemergian ayah"aku bertanya
kepada seorang pelajar dengan sekuntum senyuman"boleh,,dulu saya seorang yang nakal,lawan
cakap mak,ponteng sekolah,bila dah sampai sini,adalah sedikit perubahan,,ayah saya meninggal kerana sakit paru2"jawab pelajar itu panjang lebar..ini adalah antara perbualan ana dengan seorang penghuni asrama Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim kelantan(YAATIM)..menitis air mata jantanku mendegar kisah hidupnya,,adakah aku
mampu melalui pengalaman yang dia hadapi??hmm..baiklah,sedikit perkongsian meng
enai program yang telah kami jalankan di sana,alhamdulillah,kami 25 orang pelajar majmuah 8 dengan muslimatnya berpakaian kurung hijau yang terkini dan muslimin dengan berbaju Jersey adidas(kedua2 pakaian adalah pakaian majmuah)telah selamat tiba di destinasi tepat jam 8 pagi dengan menaiki bas um..kami mendapat sambutan baik drp adik2 di sana,,peramah sangat adik2 di sana..antara program yang dijalankan ialah ice breaking,LDK yakni Latihan dalam kumpulan(kumpulan ana bernama PLUTO,partner kak fatin),tadarus quran,gotong royong,tayangan video.seminar daripada Ustaz hazrul ,solat jemah termasuk terawikh dan penyampaian hadiah serta sumbangan daripada warga APIUM..kesimpulan yang boleh ana simpulkan ialah,ana berasa sangat gembira berbaur capek yakni penat kerana program ini bermula daripada pagi dan tamat pada jam 11.30 malam,,kami tiba di Apium jam 12,,fuh,,lega rasanya apabila mendapat maklum balas dari adik2 yang mengatakan mereka seronok dan menjemput kami lagi walaupun suara ana dah nak habis sebab pegang mic lama sangat,almaklumlah kd pengisian hu3,AStaghfirullahhalazim..tetapi x semua perkara yang kita buat bagus dan baik,,ada juga kesilapan-kesilapan sepanjang program,,antaranyaa,,ada pelajar lelaki yang ghaib entah ke mana(',)tetapi kesilapan paling besar ialah niat kita apa??moga2 kita betulkan niat supaya segala perlakuan kita semata-mata kerana Allah..secara tuntasnya,Ana bagi Gred Band 3 untuk program Pro-Murni ini..Tahniah kepada sahabat2
majmuah 8 terutamanya pengarah
program Arif Mustaqim..

Comments

alhamdulillah..kami adalah anak panah dari panah2 islam..campak saja ke mana kamu suka...teruskan misi tarbiah ke sek wataniah..tahniah maj8..perkasakan tarbiah..


-ydp

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu