Skip to main content

Pengeras???






Alhamdulillah,ana selamat tiba di rumah yang akan menjadi medan perjuanganku untuk membaca dan bersedia dengan peperiksaan akhir pada 27hb ni,,mampukah aku??satu persoalan yang mencabar kegentlemenku..('',),sy tiba di negeri berdaulat ni pada jam 3 pagi,pemandu bas memandu agak laju tika itu,Alhamdulillah tidak ada perkara yang kita tak mahu tahu berlaku.Dapat juga penulis merasai nikmat bersahur bersama keluarga,pada hari ini,saya hanya dapat bersahur dan berbuka bersama abang dan kedua ibubapa saya,adik-adik yang lain masih berjuang dengan mata pena mereka..semoga berjaya di medan perjuangan.Pada petang tadi,saya dipinta oleh ibu untuk pergi ke rumah opah yang terletak di Kampung Karai dengan menaiki Kancil(AGU 1990).Berbicara sedikit mengenai Kampung Karai,Kampung ini adalah kawasan rumahku yang pertama,hampir11 tahun saya tinggal di sini,suasana kampung tiada tolok bandingnya,sekolah rendah saya juga bernama Sek Keb Karai..Rumah saya suatu ketika dahulu benar-benar berhadapan dengan rumah opah(sebelah ayah).,Tujuan saya datang ke rumah opah adalah untuk menghantar ikan dan mengambil air penawar ibu.(sebelum ini ibu saya diberi ujian live dari Yang Maha Esa dengan sakit mata,terkena kuman yang menelan kos perbelanjaan rm8ribu lebih(alhamdulillah ada bantuan dari Allah=insurans,bermakna Ibu hanya perlu membayar rm1 lebih je),air penawar ini diusahakan oleh ibu saudara saya.Di mana dia minta saya pown tak tahu,yang pasti di kawasan pedalaman.Apa yang mengejutkan dan mencuit hati saya ialah pengeras yang dipinta oleh pereka air penawar ini.:

Penulis:opah,air penawornye mane??
opah:ni ha,die minta pengerasnye,ayam sekor,jarum dan garam.
Penulis:ape die,ayam,,nak buat ape sume tu
opah:biasele,orang dulu-dulu memang macam tu,nak buat ape tak tahu le.nak matikan ubat katenye.
Penulis:peliknya,ayam die nak makan la kot,tapi jarum tu nak buat ape,(aku tersenyum)
opah:jarum tu die nak cucuk2 rasenya(opah juga tersenyum),bagi je,itu je die minta.
Penulis:ok2,nanti arid bagitau kat mok.

itulah dia orang dulu-dulu,pelikkan,,nasib baik die mintak ayam,kalau die minta lembu,kerbau,seladang atau buaya,mane nak carinya.(''.)..sampai di rumah saya serahkan air penawar tu pada ibu,,aku memberitahu ibu mengenai pengeras yang dipohon..kaget juga ibuku,ayahku juga agak marah,"tengok,dah susah,nak cari ayam la,apela"bentak ayahku."aku cuma mampu tersenyum.Sempat juga ku tanya pada ibuku,sape yang cari penawar ni.ibuku menjawab,"ini mak yong yang cari,mak dah ada ubat lain"ibuku menjawab sambil mataku melihat ke arah kertas yang tertulis pada botol air penawar itu.Tercatat pantang-pantang penawar pada kertas itu.tak boleh makan ayam,telur dan macam-macam lagi.aduhai"xdapatla mak nak makan ayam".tambah ibuku lagi sambil mewujudkan keluhan.kesian ibu,,aku sebenarnya xpercaya langsung semua benda-benda ni,Allah yang maha mengubati.,,kita cuma perlu ikhtiar,tapi caranya kene bertepatan dengan Syaraq..ini semua kepercayaan orang dulu-dulu,sekarang dah zaman Globalisasi('',)Tapi aku yakin,,ibubapaku tidak mempercayai semua ini('',)..Ya Allah selamatkan keluarga Kami.Amiin.

Info:*air penawar tu macam air masak je
*rumah yang dua tingkat ni rumah opahku,yang setingkat ni rumah lamaku di karai(sekarag dihuni oleh saudaraku)dan yang ada kereta ungu tu,rumahku sekarang.Alhamdulillah.
*penulis teringat waktu zaman sekolah rendah dahulu,kawasan kampung ni la menjadi medan keanak-anakkanku.('',)

Comments

Novelis Hidayah said…
camat Hari RaYa....
moga bahagia ngan family t'cyunk..

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu