"Mus,awak tahu x skrg kita dah masuk ke 10 malam terakhir?"Suraya bertanya kepada Muslimah girang,"Malam terakhir apanya,Sudah nak kiamat ke?"Mus menjawab seakan-akan tidak mengerti maksud rakan sebiliknya."Astagfirullahhalazim,bukan itu maksud Su,Su ckp mengenai sepuluh malam terakhir pada bulan ramadhan karim ni,kita semua dah tahu kan,dalam sepuluh malam ni lah terjadinya Malam Alqodar.subhannallah,beruntungnya bagi sesiapa yang mendapatnya kan Mus"Suraya menjawab kekeliruan yang menjenguk kotak fikiran sahabatnya."ooo,Su cakap pasal Al qodar ke,Mus ingat apa tadi..betul kata Su,rugi tau kalau kita tak dapat rebut peluang ni,bukan mudah,sekali setahun je,entah-entah tahun depan kita x dapat sertai ramadhan lagi kan"jawab Muslimah sambil mengutip sisa-sisa makanan yang terhasil setelah mereka berbuka puasa tadi.Al hamdulillah Mus.Su seronok sangat dapat meraikan Puasa kali ni,bersama-sama dengan Mus dan semua sahabat-sahabat lain,kita Fastabiqul Khoirot ya"Suraya mengajak Mus untuk berlumba-lumba dalam membuat kebaikan sambil membantunya mengemas meja makan"Syukran Su,Mus sahut cabaran itu,sama-sama kita cari Keredhaan Allah ya,kita dapatkan maghfirohnya,Allah suka hamba-hambanya yang beribadat kepadanya"Muslimah menyahut cabaran sahabat yang sangat dia hormati dan segani."kita sama-sama istiqomah ya"Sahut Suraya ringkas sambil mengukir senyuman di bibirnya."insyaallah Su,Allah bersama-sama kita"Mus mengakhiri perbualan.
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,sedar tak sedar,kita sudah masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan kali ini,masa berlalu tanpa menunggu kita,sudah berapa hari kita sia-siakan?berapa banyak saham yang telah kita masukkan?sudah cukupkah pengisian yang kita tentatifkan di bulan ini?aduhai,sungguh berat otakku untuk menjawab soalan ini,,Muhasabah..hmm muhasabah..Muhasabah semula apa yang telah kita lakukan sebelum ini,,rebutlah dan gunakanlah sebaik-baiknya saranan yang dianjurkan oleh Nabi kita di sepuluh malam terakhir ini ok..Sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini with Happy Ending,Salam..('',)
Info:*pada hari selasa haritu(8-9-09),kami(majumuah 8) berbuka puasa bersama-sama dengan mentor kami iaitu Ustaz Usman Yassin disamping mengadakan perjumpaan bersama beliau
:11-09-09*penulis akan pulang ke kampung halaman(salak Utara Perak) pada malam ini jam 9.30 dengan menaiki Bas Transional.Ya Allah Selamatkanlah perjalanan hambamu ini.Amiin..Selamat tinggal APIUM tercinta('',)
Comments