Skip to main content

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian.

Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis

"Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah..

mesej ke2:

Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 0135813237.

Berdegup jantungku membaca mesej tersebut. Rasanya tempohari baru bertanyakan soal khabar arwah dan diberitakan arwah beransur pulih. Arwah tidak asing lagi dalam hiduplu. 5 tahun aku berada di Madrasah Idrisiah telah membuatkan diriku rapat dengan beliau. Kenangan pahit dan manis turut kurasai bersama beliau.  Paling manis pernah kene rotan dengan arwah tapi tak rasa kesakitannya..Rasanya kali terakhir bertemu dengan arwah 3-4 tahun yang lepas tapi seakan-akan memori bersama dengan arwah masih segar diingatan.

*Gambar-gambar di friendster yang sudah bertahun aku tidak "log in" mengingatkan kembali kenangan aku bersama teman-teman dengan arwah 


Secara kesimpulannya Arwah merupakan seorang ustaz yang tabah dan sangat peramah. Telah memimpin dan menjadi mudir Madrasah Idrisiah sejak tahun 1999 hingga 2011. Pelbagai sumbangan dan idea yang telah beliau berikan dalam membangunkan madrasah Idrisiah. Moga segala Usaha arwah diberkati dan diredhai oleh Allah.Amiin..Kita doakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang beruntung. AL-FATIHAH.

Sejarah ringkas mengenai madrasah Idrisiah


Madrasah Idrisiah terletak di Bukit Chandan , Kuala Kangsar , Perak. Ditubuhkan pada 1918 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1922/1340 H. Mendapat nama sempena nama pengasasnya iaitu Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Madrasah ini merupakan Sekolah Menengah Agama Diraja pertama di negeri Perak. Pada zaman kegemilangannya Madrasah Idrisiah telah berjaya melahirkan ramai alim ulama dan tokoh Islam yang disegani baik di dalam mahupun diluar negeri perak, Pada masa sekarang Madrasah Idrisiah kembali membangun seiring dengan kebangkitan syiar Islam di Malaysia. 

• 1922 Hingga 1984 Madrasah Idrisiah telah beroperasi dengan menerima pelajar sulungnya pada tahun 1922 seramai 73 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim. Pada tiga tahun pertama Madrasah Idrisiah hanya menerima pelajar-pelajar dari golongan anak yatim. Kemudian, oleh kerana permintaan untuk belajar di Madrasah Idrisiah semakin meningkat dari masyarakat sekitar, pihak pentadbiran Madrasah Idrisiah memutuskan untuk menerima kemasukan pelajar yang bukan dari golongan ank yatim juga.

Pada masa itu bilangan guru yang mengajar hanyalah seramai 8 oran termasuk mudir iaitu bersamaan dengan jumlah kelas yang ada pada masa itu. Sudah menjadi lumrah, setiap yang di atas akan jatuh ke bawah ibarat roda yang berputar, begitu juga dengan Madrasah Idrisiah yang turut mengalami zaman kejatuhannya ketika pentadbiran mudir kelima iaitu Dato' Haji Abu Al-Hassan b. Abd Majid.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengekalkan zaman kegemilangannya, Madrasah Idrisiah tidak mampu bertahan berikutan dengan pelbagai tekanan dan masalah yang dihadapi. Antara faktor utama ialah masalah kekurangan guru akibat perpindahan guru ke tempat lain. Faktor keduanya, Madrasah Idrisiah menerima kemasukan pelajar-pelajar lemah dan tidak mampu menguasai pelajaran yang diajarkan. Bagi menaikkan kembali pencapaian Madrasah Idrisiah Dato' Haji Abu Al-Hassan telah menerima kemasukan pelajar perempuan namun usaha tersebut juga menemui kebuntuan.

Madrasah Idrisiah mengalami zaman kemerosotannya selama ha
mpir 15 tahun. Tuan Haji Nawawi iaitu mudir ke-6 telah menyambung perjuangan Dato' Haji Abu Al-Hassan untuk membangunkan kembali Madrasah Idrisiah.
• 1985 Hingga Sekarang Apabila sistem Kurikulum Baru Sekolah Menengah diserapkan, guru-guru lama tidak dapat menyesuaikan diri. Bermula dari sini masalah tenaga pengajar timbul di Madrasah Idrisiah. Madrasah Idrisiah telah menerima 12 orang guru wakaf untuk mengisi kekosongan guru. pendapatan mereka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeriPerak. Sehingga kini Madrasah Idrisiah mempunyai 12 orang guru kementerian dan 23 orang guru wakaf.

Pada tahun 1986 pelbagai pembaharuan telah dilakukan di Madrasah Idrisiah. Perubahan pertama ialah waktu pembelajaran, para pelajarnya diwajibkan menjalani 6 hari persekolahan dalam seminggu. Setiap hari waktu persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.50 tengahari. Kecuali Hari Jumaat berakhir pada 11.50 pagi. Waktu persekolahan 6 hari seminggu dijalankan berdasarkan beberapa sebab iaitu bagi mengekalkan pengajian-pengajian tradisional (pengajian kitab turas) dan memasukkan mata pelajaran akademik. Sebab yang kedua ialah untuk memenuhi waktu belajar bagi mengelakkan pelajar dari membuang masa.

Perubahan lain yang dilakukan ialah menguatkuasakan semula undang-undang pemakaian pakaian seragam iaitu bagi pelajar putera mereka wajib memaki pakaian seragam putih termasuk songkok dan berkasut hitam. Bagi pelajar puteri pula mereka wajib memakai pakaian seragam sama seperti pelajar sekolah biasa termasuk bertudung putih dan berkasut hitam. Selain daripada itu pemakaian baju melayu dan bersampin hijau masih digunakan oleh pelajar putera untuk bersolat jumaat dan majlis-majlis rasmi. Pada tahun 1988, pemakian baju batik telah dimulakan dan dipakai pada hari sabtu waktu persekolahan dan apabila keluar dari kawasan Madrasah Idrisiah juga untuk majlis-majlis rasmi.

Kelas pendidikan Empat Thanawi pula telah diadakan. Ini bagi melengkapkan diri para pelajar dengan ilmu agama yang secukupnya sebelum meninggalkan Madrasah Idrisiah.

• Senarai Nama Mudir Madrasah Idrisiah 1922-2011

1. Tuan Haji Muhammad b. Haji Salleh (1922-1924)
2. Tuan Sheikh Abdullah Maghribi (1924-1932)
3. Sheikh Abdullah Fahim b. Haji Ibrahim (1932-1948)
4. Tuan Haji Sheikh Az-Zubir (1948-1976)
5. Dato' Haji Abu Hassan b. Abdul Majid
6. Tuan Haji Nawawi b.Hassan
7. Ustaz Musa b. Zainudin A.M.P,P.J.K (1985-1999)
8. Haji Kamaruddin b.Ahmad A.M.P,P.P.T (1999-2011)
9. ????????????

• Antara Sebahagian Tokoh-tokoh Kelahiran Madrasah Idrisiah :

1. Tuan Haji Ismail bin Haji Hamzah – Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-2
2. Tuan Haji Muhammad Tahir Muhammad Saman - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-3
3. Tuan Haji Sha'aya bin Abdul Majid - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-4
4. Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-5
5. Dato' Haji Muhammad Ghazali Abdullah - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-6
6. Dato' Seri Haji Abdul Malek bin Haji Nordin - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-7
7. Dato; Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria - Mufti Kerajaan Negeri Perak ke-8
8. Dato' Haji Ghazali bin Haji Abdullah - Mufti Kerajaan Negeri Selangor ke-3
9. Dato' Haji Md. Salleh bin Hassan Farid - Mufti Kerajaan Negeri Selangor ke-4
10. Tuan Haji Abu Bakar bin Mat Yasin - Mufti Kerajaan Negeri Pahang ke-4
11. Dato' Muhammad Yusuf Ismail - Mufti Wilayah Persekutuan ke-5
12. Tuan Guru Haji Abu Bakar Bakir – Pejuang kemerdekaan & Pengasas Maahad Ehya’ Asy Syarif G. Semanggol.
13. Dato' Seri Muhammad Asri bin Hj Abdullah - Kadhi Besar & Ketua Hakim Syarie Perak ke-7(sekarang)
14. Dato' Haji Sulaiman bin Abdul Kadir - Kadhi Besar & Ketua Hakim Syar'ie Negeri Perak ke-6
15. Tuan Guru Haji Mohd Khair - Pakar Ilmu Falak & Mudir Madrasah Taufiqiah.
16. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad - Pejuang kemerdekaan & YDP PAS Malaya Pertama
17. Tuan Guru Muhammad Saman - Guru Besar Tasauf, Pelopor Tarikat Samaniah Malaya & Pengasas Madrasah As-Samaniah K.Kangsar .
18. Profesor Zulkifli Muhammad - Pejuang kemerdekaan & YDP PAS Malaya Kedua.

- Dr. Ahmad Nakaei Ahmad, Dato’ Dr. Yusuf Noor, Dato’ Dr. Hamid Othman, Prof. Dato’ Ismail Ibrahim, Prof. Dato’ Osman Bakar, dll.

Semoga generasi demi generasi keluaran Madrasah Idrisiah akan terus membuahkan hasil yang baik dan yang paling penting warga Idrisiah saat ini dan dibantu oleh ALUMNI2 menjaga nama baik Madrasah dan tarbiyah Madrasah yang berpaksikan Al Quran dan As Sunnah..InsyAAllah..




Comments

Firdaus Nazeri said…
inna lilahi ra'jiun........
moga2 roh tuan mudir diletakkan di sisi orang2 yg beriman....

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu