Skip to main content

BERPENCAK DI MEDAN NAFSU..

ASsalam Qobla' Kalam.. Asslamualaikum kepada semua umat Islam yang pastinya sedang rancak berbicara soal ramdhan yang telah membuka tirai ujiannya. Pertamanya kita luahkan rasa bersyukur yang tidak terkira kepada Allah tuhan sekalian alam kerana memberi kita kesempatan untuk berada dalam bulan yang dikatakan sangat indah dan meriah. Bagaimana yang dikatakan dengan indah dan meriah ?. Jawapannya, kita yang menentukan keindahan dan kemeriahannya:)..

Baiklah, "apabila kita melihat" fenomena Ibadah yang dilakukan semasa bulan ini yakni ramadhan karim dengn bulan-bulan islam yang lain memperlihatkan perbedaan yang sangat ketara bukan dari segi ibadahnya, tetapi rating mereka yang mengerjakannya. Saya bagi contoh mudah dan saya pasti dekat dengan semua umat muhammad. SOLAT BERJEMAAH yang merupakan sunnah nabi hatta dilakarkan ketika nabi hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir masih sempat ke masjid untuk solat berjemaah. Nah cuba lihat, itu ketika nabi sedang gering manakala kita yang sihat wal afiat masih lagi bermalasan untuk solat berjemaah. Sudah digambarkan pahala yang berganda bagi mereka yang menunaikan solat berjemaah, namun masih belum bernafsu dengan ganjaran tersebut. Pada bulan ini setiap amalan kita akan digandakan ganjarannya, bukan hanya dari segi solatnya, tetapi kesemuannya.

Jadi tunggu apa lagi,, kita sudah memasuki zon masa kecederaan untuk bersaing dengan umat-umat terdahulu yang amalan mereka sudah pasti umpama jurang dengan kita. Jika sebelum ini kita bermalasan untuk melakukan kebaikan, sama-sama kita uji diri kita untuk melakukan kebaikan selama satu bulan tempoh keaktifan bulan ini moga-moga kita dapat terus berterusan dalam melakukan kebaikan. Kerana itu ungkapan MADRASAH RAMADHAN seringkali digunakan bererti bulan ramadhan umpama Sekolah yang mendidik anak murid belajar supaya menjadi Pelajar yang berjaya. MUKMIN YANG SUKSES gitu.:)

Setakat ini sahaja coretan saya, saya mengucapkan selamat berpuasa dan berkejaran dalam melakukan kebaikan dan pastinya mendapat keredhaan Illahi.


Info:

* FESKUM sudah selesai
* Persembahan Nasyid Alharar di Kolej 11 VS INTRO 10
* Opah karai jalani pembedahan Peha yang patah. Syafakallah..Amiin
* Sudah memasuki alam assignment yang menyeronokkan:)

Comments

"apabila kita melihat"

aku rasa itulah ayat yang paling mantap dalam post kau ni.. :D
_ alhamraa' _ said…
.... salam ramadhan kareem almubarak akhi .... masjid atau surau sememangnya akan penuh dengan jiwa2 muda~~~.. hnya pd bulan ramadhan, namun tidak pd bulan lainnya. tp ngak pa2 sih, mudah2an ianya menjadi titik permulaan mendidik hati tuk terus istiqomah meneruskan amalan2 ramadhan sehinggalah ke nafas yg terakhir..

p/s : ana tggu akhi jd imam
MR Traveller said…
terima kasih temen2 semuanya..soal itu kita serahkan kepada individu yg sememang punya keinginan untuk membuat perubahan,,:)...bila kita melihat dari sudut pandang pesanan alhamraa...tunggu ana jadi Imam..insyAAllah..mudah-mudahan:)
Unknown said…
salam ramadhan...ya....Mudah-mudahan....semoga dibukakan hati kita dan mereka..Amin...

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu