Skip to main content

Masa Itu Nafas!!!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku berlindung di bawah naungan mu, kau bantulah hambamu yang hina lagi dina yang senantiasa mengharapkan redhamu dalam setiap gerak langkahku.Ampunilah dosaku dan sahabat-sahabatku..Amiin"

"bila ko nak bersama blog ko,,dah berminggu ko tak update,bukankah itu diari ko?" Perasaanku berbisik.

"entahla, aku pon tak tau,,macam takda masa je nak Update, walhal senang je nak update ni..tapi,,entahla" Akalku cuba menjawab.

Sebelum masuk ke Universiti, aku pernah mendengar satu perkataan dalam bahasa arab " Soffu Muntazor",,barisan yang dinantikan artinya..Aku pelik dengan perkataan tu,,ada yang bilang, tinggal di Universiti ni akan sibuk, pada awalnya aku fikir, sibuk apanya, biasa jela..rilex and lepak-lepak jela.

Namun, pandangan awalku ternyata meleset, Sibuk terus sibuk,,Kuliah, program, projek,,,,,tak tau nak sebut macammana..Kadang-kadang perasaan malas tu menggedik dengan diri ini..Cuba bermanja-manja,, kadang-kadang aku belai juga si malas tu..Lagi dibelai, lagi mengada-ngada akhirnya memakan diri saja.

mingu kedua setelah MHS,, aku sudah turut serta dengan program motivasi pelajar di sekolah yang pernah ku lawati dan postkan di blog sebelum ini.. MAAHAD IHYA AHMADI(MIYA). Dapat juga pengalaman dengan 200 lebih pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima. Moga-moga mereka mendapat sedikit intipati program yang telah dijalankan..Amiin..

Sepulangnya dari program tersebut, diriku umpama pisang goreng yang mahu dibeli oleh pelanggan..Ada saja permintaan untuk diri ini diniagakan untuk ISLAM, kadang tak terjual juga.InsyAALLAH..bekerja untuk islam tiada rugi cuma untung sahaja.,Moga-moga kerja kecil yang ku lakukan samaada untuk Kolej, Universiti, atau fakulti mendapat keberkatan dan diredhai Illahi basisnya.

Dalam masa sebulan berada di sini, pelbagai peristiwa dan pengalaman baru yang dihidangi. Antaranya, bengkel keusahawanan, Iftar jamaie, Kuliah-kuliah agama, minggu PROMO persatuan, interview PALAPES, pulang ke Perak (kenduri kesyukuran) dengan menaiki motosikal "Mudah.com Ku", dan sebagainya. Berita terbaru adalah kes kematian seorang siswa yang terjatuh dari tingkat 5 kolej Raja Nazrin Shah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang beruntung.Amin..(Kisah lanjut anda bisa mencarinya sendiri). Kemudian, minggu ini berlangsungnya FESKUM, iaitu Festival Konvokesyen U.Malaya..Aku dikehendaki menjaga gerai PEMARAk(Persatuan anak negeri Perak), memang sibuk dengan Kuliah lagi. Kemudian dengan Kelab Nasyidnya yang katanya ada show yang banyak. Biarlah, yang penting diberkati Illahi semuanya.:)

1 Message Sent:

Radi: Salam,, tak balik bilik  ke, kami rindu kat ko ni??

1 message received:

Azrief: he3..nk2..satg..Arini aku tido kat lantai ke?

Ha3..terburai tawaku bermesej dengan Roomateku..Siswa Alam Bina..Beliau juga hairan dengan gelagat aku yang jarang berada di bilik. Kadang-kadang bila pulang ke bilik lewat malam, tertidur di atas katilnya kerana katilku ditingkat atas. Bila dia melihatku tidur kepenatan, timbul rasa kasihan dan membiarkan aku dengan tilam empuknya dan dirinya dibaringkan di atas lantai yang merupakan tempat tidurku:)

InsyaAllah, selepas ini aku akan menyusun masa-masa hidupku  yang umpama nafas, bila penat melakukan sesuatu, nafasku  akan bergerak kencang, begitu juga masa, bila kita melakukan sesuatu, seolah-olah masa itu cepat berlalu. Teringat satu kata-kata..Bila kita tak sibukkan diri kita dengan kerja kebaikan, pasti kita akan leka dan melakukan kejahatan".. ada benarnya bait-bait tersebut.Sekian....


Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea

Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya. Abang pernah berpuasa di luar negara tak ? Lantas saya menjawab, Pernah dik, antaranya di Korea. Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana. Ayuh saya kongsikan.. Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia. Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain. Nak dijadikan k...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...