Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

TERARAH ATAU TERSALAH..

Persepsi oh Persepsi yang membuka ruang diskusi. Saya cuba membuat dua persepsi atau pandangan realiti seseorang individu yang punya pendirian tersendiri. Semuanya berkaitan dengan salah satu slot yang pasti dihadapi oleh sesiapa saja yang memasuki sesebuah Institusi pengajian di negara ini. ORIENTASI . Hatta ketika kita dalam kandungan ibu lagi, kita telah diorientasikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semuanya untuk persediaan diri untuk memasuki alam baru. Seperti saya memasuki UNIVERSITI MALAYA melalui asasi Nilam Puri.  Pertamanya saya melangitkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dapat menjejakkan kaki di kota metropolitan ini secara amnya dan di Universiti terhebat di negara ini khususnya. Pelbagai pendapat dan lontaran yang diberikan sepanjang Minggu Haluan Siswa ini berlansung. Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada semua freshies, PM(pembantu mahasiswa ) dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan program tahunan ini. Baiklah, kita te

Gedebak Gedebuk..

Salam. .Have a nice reading .. Pertamanya kiita kondominiumkan kesyukuran ke hadrat illahi dengan kurniaan yang kita terima saban hari, moga-moga dengan kurniaan yang diterima akan dihiasi dengan sesuatu yang berguna bak pohon meredupkan parameswara, kesannya Melaka terbina dan SUKMA sudah lama menutup tirainya. Sesetengah orang merasakan jika kita menceritakan mengenai diri kita, orang itu menceritakan kejahilannya. Saya tidak tahu mengapa fakta sedemikian dikeluarkan, mungkin mereka merasakan sekiranya seseorang gedebak gedebuk menceritakan perihal peribadi atau pengalaman masing-masing, ia seolah menceritakan mengenai kejahilan diri sendiri kerana bagi mereka lebih baik menceritakan perkara di luar kepompong hidup penulis. Fakta ini kadangkala memberi jentikan di telinga yang memerahkan terutamanya kepada para blogger yang suka menceritakan mengenai diri sendiri. Pada saya, apa salahnya sekiranya kita berkongsi pengalaman dengan teman?, sama juga seperti kita bercerita, apa salah