28-30 mei: aku bersama dgn adik2 SMK Yaakob Latif Kuala Lumpur yang bagi aku merupakan satu pengalaman yang baru kerana berhadapan dengan para pelajar yang bersatus bukan sekolah agama. Tambahan pula mereka masih boleh dikatakan "budak budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa". Perasaan marah turut timbul tatkala melihat budaya mereka yang suka buat bising meskipun sedang mahu menghadap Allah(Solat). Syukur aku mampu redakannya dengan kesabaran yang sebenarnya sangat nipis. "budak-budak, aku dulu macam ni juga".Ku cuba manjakan nafsu amarahku. Alhamdulillah,melalui bebrapa komen yang sempat ku baca menunjukkan mereka punya kesedaran mengenai agama dan perasaan ingin berubah. Kita hanya menyampaikan dan cuba berkongsi ilmu pengetahuan. Kesudahan cerita kita serahkan kepada Allah yang maha Kuasa. 29 mei 2010:Dalam kesibukan aku bersama dengan adik-adik tingkatan 1 dan 2,aku tidak lupa mengenai kelahiran seorang wanita tanggal 29.5.1961 yang selama ini telah ...
Melihat arus terus berjalar,yang ditinggal pinta dimalar.