Alhamdulillah..masa terus berlalu tanpa menuggu kita..kita masih berada dalam bulan yang sangat mulia..ana nak kongsi pengalaman bersahur pada hari kedua..sungguh tragis..pada jam 3 pagi,ana tanak nasi dengan rice cooker bundle yg berharga rm15,,rice cooker ni jarang digunakan,juz kalau ade program je,almaklumlah,,kampus ni tidak dibenarkan untuk menggunakan rice cooker,,he3..ok,so ana pakat ngn jiran2 bilik,,Bukhairi,Dhamiri n the geng untuk bersahur di bilik ana,,ana jadi tukang masak nasi,bukhairi supporter hot dog,dhamiri rebus hot dot dalam heater,izwan supporter kurma dan zaid si pencuci periuk nasi..Ape yg sedihnya,makanan sahur kami hanyalah nasi dah seketul hot dog bercicahkan sos,,aduhai,,macam rancangan Bersamamu tu,,terfikir ana,beginilah nasib insan yang tidak mampu bahkan lebih tragis lagi,xperlulah dibandingkan dengan penderitaan yang dialami oleh warga palestin,,jauh panggang dari api,rasa bersyukur sgt terhadap yang maha pemurah kerana masih memberikan rezeki kepada kami.Alhamdulillah,..tapi kenyang juga walaupun makan menu buatan sendiri ni("",)..Sampailah saat berbuka puasa tidak terasa lapar dan dahaga,,suduh cukupkah makanan rohaniku pada harini..??untuk iftar kali ini,,ana dapat bersama dengan roomate(berbaju tulisan REM) dan jiran2 bilik ana,,ukhwah kuat ni hu2...Fastabiqul Khoiraat ok
Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tem...
Comments