Skip to main content

Hampir Ber"Iftar"kan Khinzir Masak Kicap di Korea


Baru-baru ini ketika memberi pengisian #TravelogTalk di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, ada pelajar bertanya.

Abang pernah berpuasa di luar negara tak ?

Lantas saya menjawab,

Pernah dik, antaranya di Korea.

Teringat saya akan kisah yang sukar dilupakan ketika "iftar" (berbuka puasa) di sana.

Ayuh saya kongsikan..

Ketika mengikuti program summer School di Inha University Korea pada cuti semesterku yang keempat, aku dan beberapa sahabat dari Universiti Malaya ditempatkan di asrama yang terletak berhadapan dengan Universiti tersebut. Daripada Isnin hingga Jumaat aku berulang alik untuk pergi ke kuliah yang ditetapkan untuk program itu seperti kelas bahasa korea, budaya korea dan Politik asia.

Ketika itu musim panas, dan bahang kepanasannya dirasai hingga ke malam. Selain panas, waktu itu juga adalah bulan Ramadhan. Puasa hingga 16 jam. Suasana Ramadhan di situ jujur tak dapat dirasai seperti mana di Malaysia dan negara Islam yang lain.
Nak dijadikan kisah, di hostel kami memang disediakan makanan untuk sesi pagi dan malam. Kami pelajar muslim juga turut dihidangkan juadah berbuka persis pelajar dari negara-negara lain yang bukan Islam. Cuma katanya boleh pilih untuk makanan halal, khas buat muslim.

Sewaktu sedang beratur mengambil makanan sambil memegang tray macam pelajar asrama, sebaik tiba giliranku, makcik dewan makan tersebut menuangkan ke dalam tray saya, nasi, kimchi dan sejenis lauk berkuah hitam macam masak kicap. Pelajar lain juga begitu.
Setelah selesai, aku terus bawa tray tersebut ke atas meja makan. Beberapa minit sebelum berbuka, seorang rakan menemuiku dan berkata,
“Radi tahu tak itu lauk apa?” tanya dia sambil menunjukkan ke arah lauk berkuah hitam itu.
”ikan masak kicap kan?” aku jawab dengan yakin tanpa keraguan.
“takla.. Itu Ba Alif Ba ya” balasnya pantas.
” Seriussss!” aku terkejut. Rakan-rakan di sekitar meja aku juga begitu.
Untuk kepastian, kami pergi menuju ke arah mak cik tadi. Nak tegur, aku tak tahu bercakap Korea. Cuma boleh tanya, betulkah itu Ba Alif Ba ya dalam bahasa Korea.
Mak Cik itu dengan tenang mengangguk mengiakan. Menggeletar tray yang kupegang. Segera kuletakkan semula tray tersebut ke tempat asal. Akhirnya aku terpaksa berbuka dengan nasi dan sayur kimchi sahaja. Sangat sedih setelah berjam berpuasa. Namun tetap bersyukur. Kami juga sempat buat report kepada pihak program berkaitan isu yang berlaku agar tidak berulang lagi. Mereka mohon maaf atas kesilapan tersebut.
Jauh di sudut hati terdetik juga, kalau kawan tadi tak tegur, dapat juga rasa lauk masak kicap tu. Tak sengaja tidak mengapa kan? Sanggup tak?

Mulai saat itu, setiap kali waktu berbuka, aku akan ke masjid Itaewon yang mengambil masa satu jam untuk tiba. Perlu menaiki bas ke stesen kereta api dahulu. Kemudian menaiki kereta api Korail menuju ke Seoul, akhir sekali mengambil subway menuju ke Itaewon. Barulah aku dapat menikmati makanan berbuka yang sangat lazat dan memuaskan di situ. Kebiasaannya sewaktu bulan puasa seperti negara kita Malaysia, akan disediakan juada berbuka secara percuma. Begitu juga di sana. Alhamdulillah. Sekian.

Kisah ini juga ada dikongsikan dalam buku kedua saya berjudul :

Travelog MR Traveller "Untold Stories"

Jika berminat untuk dapatkan, boleh terus whatsapp atau klik jer http://nak.la/MyTravelogMT



Marhaban Ya  Ramadhan Al-Mubarak........

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Bersama Dj Dj IKIM

I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok.. Info: Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu