Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Cerpen 1:Lost In My Life

LOST IN MY LIFE Sesat Dalam Kehidupanku By:Dr Asy ‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu? Jawapan total di tangan kita’’ Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya. Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu. Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu. Kukucupnya. Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dahulu

Selamat hari Ulang tahun Pernikahan (14-4-1985/14-4-2010)

Selamat ulang tahun pernikahan buat kedua orang tuaku iaitu Hjh Mastura dan Haji Meor Zahidi yang ke 25..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di samping anak2 tercinta.Amin:)

Lirik Yang Mendalam

Di dalam kandungan ibuku tersayang Amannya kurasakan Degupan jantungmu, jantungku Irama penuh syahdu Kuingin rasai kehangatan pelukan Belaian kasih sayang Kujaga kau di hari tuamu Andai panjang usiaku Korus Namun hanya harapan tanpa suara Di dunia cuma seketika Jasad kaku dibaluti kertas usang Terbiar bagai sampah terbuang Di manakah ibu, di manakah ayah Bonekakah atau manusia Anak tidak berdosa menjadi mangsa Oleh hawa nafsu yang serakah Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

Cinta Munafik Part5

…….. Suasana Hospital Kuala Kangsar yang sedari tadi senyap sunyi kini kecoh dengan suara kerisauan dan pergaduhan mencari kesalahan antara satu sama lain.Baju Tariq berlumuran darah.Masih tidak mampu menerima hakikat.Sepatutnya dia yang dilanggar.Tapi kenapa bukan dia. Mujahid And The Gang sepakat menyalahi Tariq sebagai punca kemalangan ke atas Saiful Muslim.Tariq orang pertama yang bersetuju untuk Saiful turut serta.Mereka sebenarnya tidak mahu dipersalahkan dalam kejadian ini.Walaupun jauh di sudut hati keimanan Mujahid merasakan dia adalah antara punca kejadian.Dia adalah ketua rombongan pada malam itu.Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Mengamit suasana yang hiba ini.Air mata Tariq mula menitis.Terkilan dengan sikap Mujahid And The Gang dan tertelan dengan kemahuannya untuk keluar pada malam itu. “Ya Allah,ujian apa yang menimpaku ini.Kenapa Saiful menjadi mangsa keadaan??”persoalan yang tiba-tiba wujud di fikirannya disimpan.Bagai tidak dapat menerima ketentuan dan t

hhmmmmmm

Blog Tergendala.Modem kene kilat..Haih..Ujian Illahi:) Info*kedah kalah Negeri Sembilan megah.Final Piala FA menyaksikan Negeri 9 menang 5-4 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1 sama sepanjang 120 minit perlawanan.Saya menyokong bagi pihak kedah kerana kawan-kawan ramai orang kedah.Tapi malang,kedah yang bermain cantik tidak dapat menjulang piala yang alahai besarnya:)

Coba liat kebesaran Illahi

Al-Qur'an ada menyebut: أَمَّن جَعَلَ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارً۬ا وَجَعَلَ خِلَـٰلَهَآ أَنۡهَـٰرً۬ا وَجَعَلَ لَهَا رَوَٲسِىَ وَجَعَلَ بَيۡنَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ حَاجِزًا‌ۗ أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengokohkan) nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui. (QS. An-Naml [27] : 61) وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53) Fenomena Sungai di bawah Laut   sebenarnya sudah lama dibincangkan dan i

Sabah Land Below The Wind

 Subhanallah diucapkan kepada Allah Tuhan sekalian Alam.Segala tulus berkat dan kedamaian cinta kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh muslim  yang  mengejar redha Illahi.   Pengalaman demi pengalaman telah kulalui, saya berharap dengan pengalaman ini dapat membuat hatiku cair.Cair dek kebesaran Illahi dan mengalir seperti air terjun yang sentiasa cinta dengan titah tuhannya.Ya benar, semakin jauh perjalanan kita,semakin terasa diri ini sangat kerdil.Inilah hipotesis yang telah dianalisis.   Merujuk pada tajuk, saya bersama warga PEARL10 telah menjalankan sebuah lawatan sambil berkhidmat sebagai fasilitator di SMKA Tun AhmadShah, Inanam, Kota Kinabalu Sabah.Apa  yang boleh saya katakan, ini adalah lawatan kali pertama saya yang melibatkan penggunaan kapal besi.   So amazing, sebelum ini saya hanya mampu mendongak kepala untuk merenungkan kebesaran Allah melalui kemampuan manusia untuk membuat kenderaan yang boleh terbang tinggi di langit, melawan arus masa d