Subhanallah diucapkan kepada Allah Tuhan sekalian Alam.Segala tulus berkat dan kedamaian cinta kepada Nabi Muhammad, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh muslim yang mengejar redha Illahi.
Pengalaman demi pengalaman telah kulalui, saya berharap dengan pengalaman ini dapat membuat hatiku cair.Cair dek kebesaran Illahi dan mengalir seperti air terjun yang sentiasa cinta dengan titah tuhannya.Ya benar, semakin jauh perjalanan kita,semakin terasa diri ini sangat kerdil.Inilah hipotesis yang telah dianalisis.

Merujuk pada tajuk, saya bersama warga PEARL10 telah menjalankan sebuah lawatan sambil berkhidmat sebagai fasilitator di SMKA Tun AhmadShah, Inanam, Kota Kinabalu Sabah.Apa yang boleh saya katakan, ini adalah lawatan kali pertama saya yang melibatkan penggunaan kapal besi. So amazing, sebelum ini saya hanya mampu mendongak kepala untuk merenungkan kebesaran Allah melalui kemampuan manusia untuk membuat kenderaan yang boleh terbang tinggi di langit, melawan arus masa dan cuaca dan akhirnya saya dapat menyahut seruan "Now Everyone Can Fly ".Sekarang saya akan ceritakan secara rawak kronologi perjalanan kami.
Sebelum terbang ke Kota Kinabalu dengan pesawat Air Asia, saya telah diuji dengan kehilangan beg kecil saya yang mengandungi kad pengenalan, lesen dan kad bank sewaktu turun dari bas di puduraya.Alhamdulillah tiada wang di dalamnya.Pada malamnya, saya tinggal di rumah abang pengarah program Pearl10 iaitu rumah abang Tolhah di kajang dan hari berikutnya kami pergi ke Putrajaya untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan saya.Alhamdulillah,dalam masa 4 jam saya telah mendapat kad pengenalan yang baru.Sempat juga saya membuat kad bank yang baru dan pergi ke PWTC untuk melawat pesta buku antarabangsa . Kemudian kami berangkat ke Klcct jam 11 malam dan kemudian terbang pada jam 8 pagi di keesokan harinya.Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam setengah tidak membuatkan saya bosan kerana dapat melihat keindahan bumi dari langit melalui tingkap kecil yang terletak bersebelahan dengan saya..Setibanya di airport k.kinabalu.kami menaiki bas SMKA Inanam menuju ke hotel Api-Api untuk check in.Kemudian kami berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu seperti kompleks one Borneo, Centre Point dan meninjau-ninjau di persisiran laut China Selatan.Malamnya kami membeli belah di bandar Kinabalu.
Keesokan harinya, kami bangun seawal 5 pagi untuk menunaikan solat subuh.waktu di sini satu jam lebih awal daripada semenanjung.Kemudian kami bersiap-sedia untuk berangkat ke SMKA Inanam.Pada awalnya saya ditugaskansebagai sekretariat Multimedia tetapi ditukarkan sebagai fasilitator dan berpasangan dengan Aina Raihanah untuk menguruskan adik-adik kumpulan 4.Pelbagai acara,slot dan aktiviti dilakukan seperti LDK Cintakan Allah, kepimpinan,masalah-masalah dan dugaan dalam hidup, malam muhasabah dan sebagainya .Sangat seronok bersama adik-adik di sana.:) antaranya ialah ahli kumpulan 4
(Jiha,Mila,Mahe',Lelen,Syai,Nasrul@Buyu,Salam
dan Syuk)
Di antara slot paling mendapat refleksi dan dirasa melalui hati pelajar ialah malam muhasabah dikenali sebagai KEMBARA KE ALAM BARZAKH.Saya dan beberapa teman diberi tanggung jawab untuk menjaga HELL BOOTH atau kaunter neraka.Saya yang ingin mencari sesuatu yang lebih mencabar bercadang mengadakan unggun api sebagai simbolik api neraka.Alhamdulillah dengan bantuan abang jo yang merupakan jaga SMKA Inanam, 3 unggun api telah dihidupkan dan para pelajar terpaksa melalui lorong api sambil mata tertutup dan mendengar teriakan kami yang bertindak seakan dihukum dengan hukuman api neraka.Kasihan melihat adik-adik terbatuk-terbatuk dek asap yang berkepul-kepul dan ada yang terjatuh di antara unggun api.Bahang dan kepanasan api yang dirasa hanya sedikit dan mungkin hanya cebisan api neraka.Jika difikirkan mengenai api neraka.Astaghfirullah.Tidak tertanggung diri ini.

Setelah 3 hari bersama adik-adik di SMKA Inanam, kami berangkat pulang ke rumah syukor dan tinggal di sana.Sempat juga kami mengadakan jamuan makan malam bbq sempena hari jadi beberapa orang sahabat iaitu Ili Farahn dan Husna.Keesokannya kami berangkat ke Kundasang yang sejuknya persis cameron highland.Sebuah tempat yan sangat indah seperti national park dan pouring.Pada waktu itu kami tidak dapat melihat Gunung Kinabalu kerana hujan dan awan tebal meliputi pergunungan yang terkenal itu.Alhamdulillah, keesokan harinya teman-teman berteriak syukur kerana dapat melihat dengan jelas gunung Kinabalu melalui resort kami yang terletak cukup tinggi di kawasan bukit.Seterusnya, kami kembali ke Kota Kinabalu bagi menghabiskan sisa-sisa masa kami di sana.Dalam perjalanan pulang,kami singgah di pekan Nabalu untuk kali kedua kerana kali pertama kami kunjungi sewaktu perjalanan ke Kundasang. Di pekan ini duitku banyak dilaburkan untuk membeli barang-barang dan souvenir untuk keluarga.Barangan yang paling diminati olehku ialah sumpit dan anak panah.
Kami teruskan lawatan kami ke Muzium Sabah terlebih dahulu sebelum tiba di hotel iaitu tempat penginapan kami yang pertama(hotel Api-Api),Kemudian kami terus bersiap-siap untuk berbelanja di pasar Philipine.Setelah itu,kami ke Tanjung Aru untuk melihat matahari terbenam,Sangat indah dan menakjubkan.Tapi malang,saya, Farhan dan Zulfikar ( kepala delegasi) telah diuji dengan ditinggalkan oleh teman-teman.Bas yang MEREKA naiki telah berlalu pergi meninggalkan kami bertiga.Satu jam kami menunggu untuk kembali ke hotel.Soalnya siapa yang salah dalam kes ini? jelas bukan salah kami. Siapa yang makan garam dia yang akan berasa masin.Tapi tidak mengapa, sebenarnya ini adalah suatu pengalaman yang sangat menarik ('',).Pada malamnya kami berbelanja lagi dan makan di kawasan sekitar penginapan kami.Antara barangan yang terkenal di Sabah adalah mutiara dan kristalnya. Saya juga sangat terkesan dengan item dari dasar laut ini.
Hari berikutnya adalah hari terakhir kami di sini.Awal pagi lagi teman-teman saya yang akan berlepas awal ke KL sedang berkemas-kemas kerana penerbangan mereka lebih awal dari yang lain.Kami yang lain ini sempat lagi membeli di pasar philipine.Banyak item yang saya beli pada waktu itu. Kemudian saya mempunyai kesempatan untuk keluar bersama makcik Farhan yang tinggal di sini.Dapat juga saya melawat masjid bandar, Masjid Negara dan daerah sekitar bandar kota Kinabalu.Saya tinggalkan Kota ini jam 4 petang dan saya mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.30 pm.Pada malamnya saya tinggal di rumah Ajoy dan dapat juga berjalan-jalan di bandar metropolitan ini.
Keesokannya jam 4:45 pm saya menaiki bas untuk pulang ke Perak dan tiba di kediaman yang sebenar pada jam 8 malam.

Ini adalah kronologi saya secara rawak, apa yang pasti kenangan saya di sana sangat indah dan tidak dapat dijelaskan hanya melalui penulisan yang kaku ini.Selangit ucapan tahniah dan sekalung mutiara terima kasih saya terbangkan kepada teman-teman yang telah bekerja tanpa lelah untuk menjayakan program PEARL10 ini.Semoga hati kita dijernihkan sejernih lautan China Selatan dan mendapat Redha llahi.Sekian ...
Info: * ayah Munzir iaitu ayah kepada teman saya yang sedang belajar di Universiti Al Azhar telah kembali ke Rahmatullah.
* Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang merupakan seorang pelawak dan penyampai radio era sudah meninggal.
Innalillahhi wainna Ilaihi rojiuun.Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham encik Mokhtar, dan Allahyarham encik Mior Ahmad Fuad.Semoga keduanya tegolong dalam kalangan insan yang beruntung di sisi Illahi.Amin.
Comments