Skip to main content

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini.



1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi

(Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH)

2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi

(ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri )

3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi .

(Buku ini adalah buku siri MR Traveller yang ketiga dan terbaru. kisah benar ketika beliau ingin menunaikan haji di usia yang muda. Bagaimana pada awalnya dia ingin berbackpack ke Mekah namun disebabkan beberapa masalah yang berlaku, perancangannya berubah serta merta.
Siapa yang pernah baca bukunya yang pertama, buku haji ini juga mempunyai gaya tulisan dan penceritaan yang sama. Bahasa yang mudah dan santai membuatkan pembaca merasakan dirinya yang mengerjakan haji. Tak percaya kena baca hehe 

4- MUSAFIR DUNIAWI by Faiz Najmi

(penulis merupakan seorang bekas Dr yang berhenti kerja untuk mencapai impian merentas dunia. Sudah 5 Benua beliau Jejaki. Buku ni beliau kongsi ratusan tips dan PETUA untuk kita. Sangat bermanfaat )

5- TRAVEL PLANET : 7 BENUA
(buku ini adalah himpunan kisah 8 orang pengembara-pengembara tegar di Malaya. Ada pelbagai kisah menarik yang dikongsi bersama)

6- TRAVELOG UMRAH DIY by Zuera Abdul Ghani

(Buku ini pernah viral sebab dimuatkan di muka depan Harian Metro sebab mendedahkan umrah boleh dibuat dengan kos sekitar RM 2000 sahaja, apa rahsianya ? boleh dapatkan buku ni segera)

7- TRAVELOG : HILANGNYA SINAR MENTARI

(Buku ini juga sangat unik kerana mengumpulkan pelbagai kisah mahasiswa dan pensyarah yang pergi melihat fenomena Gerhana Matahari Penuh secara dekat di Palembang Indonesia. Serius sangat best dan informatif )

8- TRAVELOG SHEFFIELDER : MENERJAH LANGIT EROPAH
( Buku ini baru lagi, tulisan seorang pemuda bernama Mohd Ilmi. Lulusan master's dari Universiti Sheffield UK. Beliau berkongsi banyak kisah pengalamannya telah mengembara lebih 20 buah negara. Antara kisah yang menarik adalah beliau diganggu oleh makhluk halus di luar negara. Jangan main main ! )

9- MERENTAS AMERIKA by Badrul Hisyam

( buku pertama beliau kisah naik basikal dari UK ke Malaysia, buku baru ni kisahnya di Amerika pula sampai kena tuduh bawa dadah oleh polis Amerika. Buku ni memang hidup wataknya)

10- DARI MALAYA KE HIMALAYA by Mohamad Jafri Ahmad

(buku ni pula kisah 4 orang anak muda yang menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Kalau baca buku ni dah macam tengok filem Everest korang tau . Rugi tak baca )

.........✈️
So tunggu apa lagi, Jom Buat KOLEKSI PERIBADI.

Betul-betul ringkas sinopsis yang diberi sebab nak bagi orang tertanya-tanya hehe..

Ok boleh terus whatsapp atau klik jer 
http://nak.la/MyTravelogMT



Comments

Popular posts from this blog

Cinta Munafik Part 4

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tem...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...