Laungan Merdeka dan Takbir telah dilaungkan Oleh Prof Madya Dr Mohd Muhiden tepat jam 12 malam tadi,seluruh isi dewan Johor menyaksikan detik bersejarah tersebut yang bagi ana satu program yang sangat menarik walaupun sambutannya tidak seberapa kerana menghormati Bulan Ramadhan.,,Program Salam09 telah dianjurkan oleh JKP Kenegaraan Etika dan Kerohanian dengan Bantuan MPP dan JTK bersempena dengan tibanya tarikh keramat Malaya dengan tema satu Fikrah,Satu hadaf satu Malaysia,,(betulke temanya ni Hu3)..Show nasyid kami pown dah settle,,bagi ana,,nasyid kami x besla,,entah kenapa..mungkin sebab time tu dah 11.30 kot,xpown memg ana tak reti nasyid..beberapa masalah berlaku semasa program ini dijalankan tapi bisa di atasi dengan bijak oleh pihak penganjur:c,,moga kesilapan2 ini boleh memberi impak dan kesan Positif untuk program yang akan datang INsyaallah..Sebelum itu,majlis berbuka puasa bersama ISRAKIYYIN dan ISRAKIYYAT telah selamat berlangsung di jejantas selepas solat maghrib(BK7)..ana juga sempat memberi sedikit tazkirah walaupun pada hakikatnya bukanlah seorang pentazkirah dan time bagi tazkirah tu dah nak buka puasa aduhai,xleh nak berleter panjang('',)..
Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tem...
Comments