Skip to main content

21 TAHUN ??? Alhamdulillah.

SubhanAllah wal Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam. Kurniaan umur yang panjang seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Setiap kali umur bertambah menandakan bahawa kita mendekati kematian.

Selama 21 tahun hidup di dunia yang penuh dengan godaan dan rintangan, tidak kurang juga kemanisan dan keriangan sangat mematangkan kita dalam pemikiran. Siapa sangka kita mampu hidup sejauh ini, bayangkan sekiranya saat umur kita masih muda sudah ditimpa musibah yang tidak diduga dan barangkali kita sudah tiada di dunia ini. Ini sudah pasti kurniaan yang sangat besar dari Allah kepada kita, maka wajiblah kita sebagai hamba bersyukur atas nikmatnya selari dengan tindakan kita.

Saya hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya dan mengucapkan dengan ucapan selamat hari lahir samaada melalui Facebook, HP dan apa-apa cara sekalipun, setiap ucapan kalian amat memberi makna yang mendalam bagi diri yang sangat hina di sisi Allah dalam melakukan perubahan- demi perubahan semata-mata untuk mencapai keredhaanNYA..Saya juga doakan kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dalam setiap perkara yang kita lakukan InsyAAllah..Sekali lagi ucapan terima Kasih dan moga kita diberkati dalam setiap tindakan dan kehidupan kita.Amiiin..

Info: 11 Mei 1946 adalah hari Perubuhab Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih mesra dipanggi (UMNO) yang terus maju :)

Tulus dari seorang sahabat kepada sahabat....
-11 Mei 2011-

-Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi
-umur 21 Tahun
-Sains Politik Islam Akademi Pengajian Islam
-Universiti Malaya.






Comments

Anonymous said…
kecik comel, besar.....errrr...
hahah. acah,acah. =)
-kawan kpd kawan ayatul husna- ^^
RIAN said…
selamat hari lahir.
semoga meningkatnya usia seiringan dengan bertambahnya ilmu.
^_^
MR Traveller said…
aduhai Anonymous...thanks ya:)...

Amiin InsyAAllh Ukhti Rian....

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki...

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323...