Skip to main content

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua:)

Assalamualaikum semuanya. Kepada member Universiti Malaya terutamanya dan pusat-pusat pengajian yang lain, saya pasti saat ini kita sedang sibuk mengulangkaji pelajaran dan saya juga pasti ada yang tension-tension, serabut, sakit perut, makan pun lupa, time-time ni juga ada ujian yang menimpa seperti barang kesayangan hilang(semoga si pencuri mendapat ganjaran yang setimpal) dan sebagainya. tapi ada juga yang buat tak tau je, boleh lagi tengok movie, jalan-jalan, borak-borang kosong, tidur, "bergayut" berFB / berblog ( mcm sy :)). Tak percaya rujuk rakan-rakan FB anda. Tengok status diorang:)


Apa-apa pun yang kita lakukan kita letakkan misi dan visi kita di hadapan, betulkan niat kita jangan sampai apa yang kita lakukan mencacatkan sedikit sebanyak masa hadapan kita, kita ikut sistem pelajaran yang memerlukan kepada peperiksaan dengan baik. Esok dah ada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan, saya doakan kalian dipermudahkan oleh yang Maha Berkuasa..InsyAAllah.


Akhir sekali, kadang-kadang kehipuan kita ini membuatkan orang lain suka pada kita dan ada juga yang membuatkan orang lain benci kepada kita, itu lumrah kehidupan. Siapa sangka orang yang kita hormati dan sayangi pun ada yang membenci kita tanpa sedar, kita tak tahu apa yang kita lakukan pada dia dan yang pasti kita telah mengguriskan hatinya. Justeru di sini, saya Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi ingin mohon maaf kepada yang mengenali diri, doakan saya dan semua teman-teman dipermudahkan dalam urusan dunia yang insyAALlah akan dipermudahkan ke jalan Akhirat kelak.


Renungan: Kita lihatlah bagaimana hubungan kita dengan Allah saat ini, bagaimana kelaziman kita dengan Surau dan bangun malam saat ini.. Ya Allah..Ampuni dosa kami , kami terlalu "hipokrit" kepadamu ya Allah. Moga dijauhkan segala sifat yang buruk dalam diri kita..Moga diberkati..


Jadual exam:


26-4-2011(Tues) :TITAS 
27-4-2011(wed) : English Writing
04-5-2011(Wed) : Bahasa Arab( Arabic Language )
06-5-2011(Fri) : Politik Moden
10-5-2011(Tues) : Kaedah Siasah (Arabic Language)
11-5-2011(wed)*: Fiqh Usrah (Arabic Language)
12-5-2011(Thurs):Qawaid Tafsir (Arabic Language)

exam kali ni memg best sebab ada 4 subjek kene dalam bahasa arab dan 1 english..dan waktu dia juga memg best...exp:10-11-12...memg tersusunlah:)..moga dipermudahkan..Amiin


http://www.facebook.com/pages/Seuntai-Kronologi-Kehidupan/205598292805689

Comments

KalamNuraz said…
Semoga berjaya dalam exam kali ni. Pastikan dekan dalam genggaman. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apa yang penting, jujur dengan ilmu dan jagalah hubungan dengan Allah. InsyaAllah pasti dibukakan jalan bagi orang-orang yang sabar.Semoga Allah memberi kekuatan dan memudahkan segala urusan.
MR Traveller said…
Syukran Kak atas taujihatnya..InsyAAllah....same goes 2 u sister..Moga dipermudahkan segala Urusan Oleh-NYA:)
RIAN said…
Selamat menjawab exam dengan tenang. =.)

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki...

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323...