Universiti Malaya hari ini melakar sejarah gara-gara lawatan rasmi TYT Wen Jiabao Perdana Menteri Republik China ke Universiti tertua di Malaysia tersebut. Beliau hadir untuk bersama-sama dengan warga Universiti terutamanya bersama dengan pelajar daripada negara China, namun kedatangan beliau bukan sahaja diraikan dengan penuh gilang gemilang oleh staff dan para pelajar Universiti malaya tetapi turut dimeriahkan lagi dengan demostrasi kecil dilakukan oleh kumpulan yang menuntut pembebasan aktivis hak asasi manusia China Ai wei Wei yang diadakan beberapa minit sebelum ketibaan PM China tersebut. Sila klik http://www.malaysiakini.com/news/162618 pasti mereka ada sebab buat perkara tersebut. Kita nantikan apa kesudahannya.
Sejujurnya, kedatangan beliau ke Universiti Malaya mengingatkan aku saat berada di China (2 hari lagi genap setahun peristiwa saat aku berada di sana). Negara yang sangat maju walhal mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri. Masih ingat lagi kesukaran saya dan teman-teman saat tiba di sana, masalah bahasa membataskan perbualan kami. Hanya bahasa isyarat dan perli memerli yang terjadi:). Kusangkakan hanya sebahagian besar rakyat China sahaja yang tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi rupa-rupanya Perdana Menteri China yang hadir dengan disambut penuh satu Dewan Tunku Canselor juga tidak tahu berbahasa Inggeris dan terpaksa menggunakan khidmat penterjemah bahasa.
Cuba kita fikir sejenak, bagaimana seorang Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara yang begitu besar dan dikhabarkan bakal menguasai ekonomi dunia suatu masa nanti mampu membangunkan negara tersebut dengan hanya menggunakan bahasa sendiri. Pasti ada keistimewaan mereka yang tersendiri. Rugi juga tiada yang bertanyakan soal isu bahasa Inggeris ketika soal jawab berlangsung dan dikhabarkan mereka yang bertanya sudah pun disetup soalannya .Mujur soalan-soalan 2 pelajar melayu itu membina:)..Cuma kasihan juga ada seorang pelajar cina beriya-iya mahu bertanya siap berdiri awal-awal lagi namun tidak dilayan kerana soalan-soalan yang tidak disetup tidak boleh ditanya bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan China, tambahan pula ada pegawai dan anggota Polis yang menjaga pelajar tersebut hingga tamat sesi soal jawab. Persoalannya salahkah pelajar tersebut ingin bertanya, dia warga Cina juga tambahan VC U.m dah beritahu sesi soal jawab antara pelajar dengan PM China dibuka seluas-luasnya. Maknanya bukan semua yang hadir tahu bahawa soalan yang ditanya sudah pun disetup Sila rujuk http://malaysiakini.com/news/162681
*Saat PM China berucap,yang tidak mengerti bahasa beliau tersenyum tersipu-sipu dan saat student cina tepuk tangan, yang tidak mengerti turut menepuk tangan sambil hujan turun dengan lebatnya:).
Jika dilihat dari satu sudut, kedatangan beliau Ke Universiti Malaya secara tidak langsung telah menaikkan nama Universiti ini dan turut menjadi harapan besar Dato' Vc U.M dalam soal ranking University, tambahan pula bukan sahaja pihak media dari Malaysia yang membuat liputan Sebentar tadi, tetapi media yang diterbangkan dari Hong Kong, China, Singapura, dan beberapa negara jiran yang lain turut hadir bersama sebentar tadi.
Akhir kata, jika kita pandang dari sudut positif mengenai kedatangan beliau Ke U.Malaya maka positiflah fikiran kita dan jika sebaliknya, terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya tidak mahu menyentuh soal politik negara komunis tersebut, tetapi hanya menyentuh soal bagaimanakah cara mereka membangunkan negara yang terkenal dengan tamadun China mereka dan terletaknya salah satu perkara ajaib di dunia-TITAS-:)
*Pokok Kapur yang ditanam oleh PM China akan menjadi sejarah di U.Malaya juga:)
*kedatangan Imam Besar Makkah syeikh Sudais tempohari juga turut dipertikaikan oleh sesuatu pihak. MasyaAllah..sila rujuk http://penpasksgb.blogspot.com/2011/04/isu-wahabi-zamihan-terus-kritik-dakwa.html
Kritikan yang dibuat oleh Ustaz Zamihan itu sebenarnya agak keterlaluan juga sehingga satu page khas diwujudkan bagi membincangkan soal ini.Sila klik http://www.facebook.com/zamihanpendusta?sk=wall. Tapi kita jangan dengar dan kaji sebelah pihak sahaja, pasti ustaz Zamihan ada pendirian tertentu dan kita lihat page ini juga http://www.facebook.com/pages/KAMI-MENYOKONG-PRJUANGAN-USTAZ-ZAMIHAN-MENENTANG-WAHABI/217443198267277..Moga segalanya dipermudahkan dan diberkati..
-link protes bebaskan Ai wei Wei :http://www.youtube.com/watch?v=G9xdNVPh0GM&feature=player_embedded#at=361
Video aku ajar bahasa kepada seorang warga china:)
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1368820583951&comments
Comments