Skip to main content

Selamat Datang Ke Universiti Malaya PM China!









Universiti Malaya hari ini melakar sejarah gara-gara lawatan rasmi TYT Wen Jiabao Perdana Menteri Republik China ke Universiti tertua di Malaysia tersebut. Beliau hadir untuk bersama-sama dengan warga Universiti terutamanya bersama dengan pelajar daripada negara China, namun kedatangan beliau bukan sahaja diraikan dengan penuh gilang gemilang oleh staff dan para pelajar Universiti malaya tetapi turut dimeriahkan lagi dengan demostrasi kecil dilakukan oleh kumpulan yang menuntut pembebasan aktivis hak asasi manusia China Ai wei Wei yang diadakan beberapa minit sebelum ketibaan PM China tersebut. Sila klik http://www.malaysiakini.com/news/162618 pasti mereka ada sebab buat perkara tersebut. Kita nantikan apa kesudahannya.

Sejujurnya, kedatangan beliau ke Universiti Malaya mengingatkan aku saat berada di China (2 hari lagi genap setahun peristiwa saat aku berada di sana). Negara yang sangat maju walhal mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri. Masih ingat lagi kesukaran saya dan teman-teman saat tiba di sana, masalah bahasa membataskan perbualan kami. Hanya bahasa isyarat dan perli memerli yang terjadi:). Kusangkakan hanya sebahagian besar rakyat China sahaja yang tidak tahu berbahasa Inggeris tetapi rupa-rupanya Perdana Menteri China yang hadir dengan disambut penuh satu Dewan Tunku Canselor juga tidak tahu berbahasa Inggeris dan terpaksa menggunakan khidmat penterjemah bahasa.

Cuba kita fikir sejenak, bagaimana seorang Perdana Menteri yang memimpin sebuah negara yang begitu besar dan dikhabarkan bakal menguasai ekonomi dunia suatu masa nanti mampu membangunkan negara tersebut dengan hanya menggunakan bahasa sendiri. Pasti ada keistimewaan mereka yang tersendiri. Rugi juga tiada yang bertanyakan soal isu bahasa Inggeris ketika soal jawab berlangsung dan dikhabarkan mereka yang bertanya sudah pun disetup soalannya .Mujur soalan-soalan 2 pelajar melayu itu membina:)..Cuma kasihan juga ada seorang pelajar cina beriya-iya mahu bertanya siap berdiri awal-awal lagi namun tidak dilayan kerana soalan-soalan yang tidak disetup tidak boleh ditanya bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan China, tambahan pula ada pegawai dan anggota Polis yang menjaga pelajar tersebut hingga tamat sesi soal jawab. Persoalannya salahkah pelajar tersebut ingin bertanya, dia warga Cina juga tambahan VC U.m dah beritahu sesi soal jawab antara pelajar dengan PM China dibuka seluas-luasnya. Maknanya bukan semua yang hadir tahu bahawa soalan yang ditanya sudah pun disetup Sila rujuk http://malaysiakini.com/news/162681

*Saat PM China berucap,yang tidak mengerti bahasa beliau tersenyum tersipu-sipu dan saat student cina tepuk tangan, yang tidak mengerti turut menepuk tangan sambil hujan turun dengan lebatnya:).

Jika dilihat dari satu sudut, kedatangan beliau Ke Universiti Malaya secara tidak langsung telah menaikkan nama Universiti ini dan turut menjadi harapan besar Dato' Vc U.M dalam soal ranking University, tambahan pula bukan sahaja pihak media dari Malaysia yang membuat liputan Sebentar tadi, tetapi media yang diterbangkan dari Hong Kong, China, Singapura, dan beberapa negara jiran yang lain turut hadir bersama sebentar tadi.

Akhir kata, jika kita pandang dari sudut positif mengenai kedatangan beliau Ke U.Malaya maka positiflah fikiran kita dan jika sebaliknya, terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya tidak mahu menyentuh soal politik negara komunis tersebut, tetapi hanya menyentuh soal bagaimanakah cara mereka membangunkan negara yang terkenal dengan tamadun China mereka dan terletaknya salah satu perkara ajaib di dunia-TITAS-:)

*Pokok Kapur yang ditanam oleh PM China akan menjadi sejarah di U.Malaya juga:)


*kedatangan Imam Besar Makkah syeikh Sudais tempohari juga turut dipertikaikan oleh sesuatu pihak. MasyaAllah..sila rujuk http://penpasksgb.blogspot.com/2011/04/isu-wahabi-zamihan-terus-kritik-dakwa.html
Kritikan yang dibuat oleh Ustaz Zamihan itu sebenarnya agak keterlaluan juga sehingga satu page khas diwujudkan bagi membincangkan soal ini.Sila klik http://www.facebook.com/zamihanpendusta?sk=wall. Tapi kita jangan dengar dan kaji sebelah pihak sahaja, pasti ustaz Zamihan ada pendirian tertentu dan kita lihat page ini juga http://www.facebook.com/pages/KAMI-MENYOKONG-PRJUANGAN-USTAZ-ZAMIHAN-MENENTANG-WAHABI/217443198267277..Moga segalanya dipermudahkan dan diberkati..

-link protes bebaskan Ai wei Wei :http://www.youtube.com/watch?v=G9xdNVPh0GM&feature=player_embedded#at=361


Video aku ajar bahasa kepada seorang warga china:)
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1368820583951&comments

Comments

RIAN said…
memang datang malaysia semata2 UM ke ? or ada lawatan lain, cuma singgah UM kejap. .
MR Traveller said…
tak..lepas habis tu dia pergi Putrajaya pula..lawatan balas kepada PM Najib...:)

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki...

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323...