"weh Radi..malam ni ko free tak"tanya Fadhlan kepadaku.Persepsi wajahnya seakan mengharapkan sesuatu.Mengharap apa aku tidak tahu.
"aisey..maafla.aku BUSY la.Tahun depan baru aku free".Jawabku sambil buku jadual harian bulanan dan tahunan mayaku dibelek-belek.Fadhlan tertawa berdekah-dekah.Aku mengikuti tawaannya.
Perkataan busy padaku bagai sesuatu yang seronok ditutur.Sekiranya aku melihat sahabat-sahabatku yang sedang bergerak laju,menghadiri liqo',bercakap dengan menggunakan hp dengan gaya yang bersemangat,membawa buku yang banyak,bermain lap top dan sebagainya.Pasti aku akan mengatakan:
"ehem,busy nampak"aku bertanya sekadar bergurau.Aku juga sedar bahawa kehidupan sebagai seorang muslim ini sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk bersenang-senang.Bahkan masa 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup dengan tanggungjawab kita sebagai hambanya.
Kadang-kadang aku dan beberapa orang sahabatku suka mengajuk gaya seorang usahawan yang sibuk dengan perniagaanya.Gaya seorang bos yang perlu menghadiri pelbagai mesyuarat dan turut tidak lupa gaya sebagai seorang datuk yang berpengaruh besar.
..........................
"weh,maafla,kali ini aku betul-betul busy.Pas habis program ni baru aku free sikit"
Kata-kata jujur ini terkeluar dari mulutku.Ya,aku benar-benar dapat merasai berada dalam keadaan yang begitu busy.Busy dengan program yang bagiku sangat mencabar dan memerlukan kepada kepekaan yang mendalam.Mengaturkan program Anjuran JKP Sukan dan Reakreasi sangatlah mengajarku erti kebusyan yang hakiki.Mana tidaknya.3 hari sebelum pertandingan bermula,aku dan KD2 yang lain perlu membuat pelbagai perkara serentak seperti menguruskan hadiah,orang kedai hadiah pon dah kenal denganku akibat kerap masuk ke kedainya,selain itu makanan dan minuman,pengangkutan,tempat pertandingan,pengurusan pembayaran.L.O/P.O.Invois,surat kebenaran penggunaan dewan,surat jemputan dan pelbagai lagi.Kesemua ini adakalanya membuat diriku bagai tidak cukup tangan,Aku bagai tidak senang duduk sekiranya membiarkan KD2 lain menguruskan tugasan mereka sendirian.Justeru,aku menyibukkan diri membantu mereka.Secara tuntasya,lap top dan katilku merinduiku.Aku bukannya seorang yang kuat tidur,tetapi ia hanya sekadar jadual harianku.('',)
Alhamdulillah.Allah permudahkan urusan penganjuran kami,Pertandingan Futsal Piala Timbalan Pengarah Kali pertama ini telah selamat dikebumikan.Dikebumikan dalam ingatan setiap pelajar yang mengikuti program ini.Pelbagai peristiwa yang terjadi ketika pertandingan ini dilangsungkan.Sama ada muslimat atau muslimin.Ana juga turut merasai saat kekejangan yang tersangat dasyat,menyirap darahku menahan tarikan urat otot yang seakan-akan mahu terputus.Perlawanan yang berlangsung dari pagi hingga ke petang membuatku dan pelajar lain menghabiskan tenaga untuk menamatkan perlawanan.
Pada akhirnya,majmuahku yakni majmuah 8 lelaki(muslimat m8 tempat ke2)telah mendapat tempat ketiga dibawah majmuh 5 sem 4 yang mendapat tempat kedua dan majmuah satu sem 4 yamg mendapat tempat pertama.Kemungkinan mendapat johan sangat banyak,namun perbezaan satu gol antara majmuahku dengan mereka menyebabkan kami hanya berjaya mendapat pingat gangsa.Bersyukurlah apa yang ada.Selain itu,pihak DIGI bersetuju untuk menyediakan 450 keping sim card DIGI Campus free ketika pertandingan dilangsungkan.Muslimat pada hari Jumaat 11/12/2009 dan muslimin keesokan harinya.Namun hanya 300 lebih sim card sahaja yang diambil oleh para pelajar.Sim card Digi Campus ini mempunyai kelebihannya sendiri,Selain disediakan Rm 10 kredit free,sim card ini lebih menjimatkan sesorang sekiranya mahu berkomunikasi lama dengan pengguna digi yang lain.
Setelah selesai perlawanan bagi muslimat dan muslimin,majlis penutupan diadakan di dewan johor.Walaupun ramai yang tidak hadir akibat sakit dan membuka ruangan urut mengurut di bilik masing-masing.Majlis ini turut berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah APIUMNP dan para pensyarah termasuk Ustaz Mahyuddin yang melakukan sepak mula(penalti sewaktu kategori muslimin) sebagai simbol perasmian pertandingan ini.
Segala kekurangan dan masalah sewaktu program ini diadakan saya hanya mampu mengucapkan jutaan kemaafan.Kita tidak mampu membuatkan seseuatu perkara itu dengan sangat sempurna.Pasti ada cacat celanya.Untuk program yang akan datang.Buatlah lebih baik.Bagi yang kurang berjaya,kalian juga turut hebat,cuma janganlah kita terlalu menyalahkan sesuatu pihak di atas kekalahan kita.Ia akan menimbulkan kemarahan dan dendam sahaja.Bersangka baiklah seperti sunnah nabi.Seperti saya katakan tadi,kami tidak mampu bagi semua orang berpuas hati..Segala kelemahan kami itu datangnya dari diri kami yang sememangnya lemah ini.Antara objektif program ini adalah mengeratkan Tali SilatullRahim antara kita.Justeru,abaikan perkara yang telah berlalu,jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran.
Akhirnya,Berbilion terima ksaih saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung terutamanya Pengarah program Nik Farhan serta timbalan dan KD2nya.Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam menjayakan
PERTANDINGA FUTSAL PIALA TIMBALAN PENGARAH 2009.sekian.
Info* Kategori Muslimat;
Johan:Majmuah 5 Semester 2
N.Hohan:Majumah 8 Semester 4
Ketiga:Majmuah 6 Semester 4
Kategori Muslimin
Johan:Majmuah 1 Semester 4
N.Hohan:Majumah 5 Semester 4
Ketiga:Majmuah 8 Semester 4
Saguhati:Majumuah 7 semester 4/majmuah 3 semester 2
Pasukan Jemputan:staff Um.
Comments