Skip to main content

Hobin Jang Hobin/kelantan kecundang lagi



Tahniah saya ucapkan kepada pasukan negeri sembilan..Kalian memang Jagoan.

Oh Pasukan Kelantan,apa sudah jadi dengan kalian,kenapa menghampakan penyokong pasukan.Dari jauh mereka datang memberi harapan.Namun inikah balasan yang diberikan.kalah dalam pertemuan yang sangat tertekan.kalah 3-1 akan menjadi sebutan harian dan semestinya tahunan.kalah dengan negeri sembilan pasukan handalan.Piala Malaysia buat Negeri Sembilan menjadi medium ciuman.Kerusi stadium menjadi tempat pembakaran bagi penyokong yang putus harapan.Pulang ke Kelantan yang dilanda kebanjiran kerna hujan.Oh pasukan Kelantan,pakej umrah yang dijanjikan tetap akan dikotakan.Namun apa yang penyokong idamkan telah dikuburkan.Duit dilaburkan,penat dirasakan,geram ditonjolkan.Oh Kelantan,engkau hanya tempatku menghadapi peperiksaan setelah ilmu ditelan.Tempat semangat dan tarbiyah didirikan dan meneroka pengalaman.Aku hanya menumpang di sini,hidup di alam universiti.Asasi.
Namun kudapat rasai,kemenangan yang dicuri.kekalahan yang diadaptasi.
Apa-apapun kalian sudah buat yang terbaik,Aku cuma pelik.Kenapa kalian bermain seakan panik.


Info:*ramalanku pada entry sebelum ni meleset.Kelantan kalah 3-1.
*kecewa kelantan kalah.Serius.Penonton di kedai Zaid hampa.Ada juga kereta yang berlanggar dengan tiang.mungkin tekanan.
*Kerusi Stadium Di bakar.Orang yang memadamkan pun dibaling dengan botol.Penonton Kelantan pulang awal.Kesian.
*Pasukan bola kelantan mungkin terdedah sangat dengan hadiah yang diberikan.
*kalau trak polis boleh dibakar,inikan pula kerusi stadium.Hopely penyokong kelantan mengikis sikap negatif ni.memang kalah,tapi janganlah bertindak sebegini rupa.Moral perlu dijaga ok.('',)

Comments

kecewa la dengan sikap negatif mereka. adat perlawanan menang kalah. kurang tarbiyah ni..
key-one said…
hihihi.....
yeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
yahoooo (smbil lompat2)
n9 menang...sian klantan....
cube len taun....hahaha
hidop n9!!!! hihi

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323