Skip to main content

Melentur Diri menghadapi Onak Duri

Pagi menjengah lagi.Dewan Johor seakan sunyi.Mahasiswa Mahasiswi Universiti Malaya Nilam Puri tekun mendengar ceramah Motivasi.Dr AsMawi Ani melontarkan ilmu untuk dikongsi.

"Pribahasa menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya.Benar.Untuk membentuk seseorang menjadi cemerlang perlu bermula daripada peringkat awal kanak-kanak.Kini antum sudah memasuki alam remaja.Banyak mehnah dan tribulasi yang melanda.Adakalanya kita akan diuji dengan sesuatu perkara yang mampu membolak balikkan jiwa raga kita.Antum perlu awal bersedia.Lengkapkan diri dengan sesuatu yang mampu membongkahkan diri kalian daripada keluar daripada batasan yang ditetapkan Islam iaitu agama yang benar nyata.Kalian merupakan mata-mata rantai perjuangan Islam ini.Antum akan menguasai dunia suatu hari nanti.Siapa lagi kalau bukan kita?takkan kita rela membiarkan orang kafir menguasai kehidupan kita kelak.Bila lagi mahu bertindak.kalau bukan sekarang untuk membakar arang.Justeru,Kalian perlu mempersiapkan diri awal,lentur diri antum sekarang untuk mudah menghadapi sesuatu ujian yang sukar dikawal.Tidak mudah mengalah dan lelah.Menghadapinya dengan jiwa yang kental pegal.Ingatlah anak-anak didik yang disayangi Allah sekalian.Allah akan menilai setiap sesuatu yang kita lakukan.Semoga perjumpaan kita yang singkat ini mampu memberi suntikan semangat kepada diri kita yang mudah menerima bisikan musuh terutamanya musuh yang nyata menekan."nasihat dan kata-kata Dr yang bakal mendapat gelaran Dato' di atas jasa beliau terhadap negara dalam bidang motivasi benar-benar berbekas dalam diri pendengar dan menunggu masa untuk ditegaskan dalam bentuk pelaksanaan positif bentuk bebas.

Namun,sebahagian daripada pendengar tidak merasakan suntikan tersebut.Mereka merasakan kehidupan di alam universiti merupakan kehidupan gaya bebas.Tiada batasan untuk dibabas.Biarlah telinga kebas mendengar kritikan tegas.Namun hati mereka tetap berkeras.

Info:*Semester 4 akan bermula.Semester terakhir ku di sini.Perlu mempersiapkan diri yang hina ini.Banyak lagi ilmu yang belum digali untuk mendapat royalti,bukan ihsan yang diberi.
*Semalam terperangkap dalam perjalanan.Kereta buat nakal.Tak boleh jalan.Mungkin kerana banyak merentasi lopak air.banjir.Aduhai.Tapi seronok juga pengalaman.('',)
*fenomena hujan sudah bermula.Dingin Sejuk.Terpampang gambaran katil untuk ditakluk.Rasa mcm duduk dekat mesir pulak.Sekarang Mesir dah masuk musim sejuk.Untuk sahabat2 ana di mesir,ketahuilah,ana pon adakalanya berasa sejuk di sini.('',)
*esok mak cu dan pak cu mengadakan kenduri doa selamat sempena bulan haji tahun ini.Mereka akan bertolak ke tanah haram pada 18hb ini.Semoga diberkahi perjalanannya dan mendapat haji yang mabrur.Kepada jemaah haji yang lain juga semoga mendapat haji yang mabrur.Jaga kesihatan.Pulanglah seperti hari kita dilahirkan oleh ibu.InsyaAllah.

Comments

Syafiq Afifi said…
woah, post yang bagus

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki

Moga roh Arwah dicucuri Rahmat..Amiin

Yang hidup pasti akan mati dan yang kekal hanya yang maha esa. Kehidupan di dunia ini hanya sementara dan cuma pinjaman semata-mata. Kita yang masih hidup tidak tahun bila tarikh kematian kita dan bagaimana cara kita menghadapinya dan di mana kita akan menemui saatnya. Maka kita disarankan untuk sering mengingati kematian sesungguhnya orang yang bijak itu adalah berfikir-fikir soal kematian. Sedang aku menikmati nikmat tidur atau "mati kecil"  tengahhari tadi untuk hilangkan rasa tekanan minggu peperiksaan, tiba-tiba dikejutkan dengan satu mesej yang bertulis "Mudir kita dah kembali ke rahmatullah jam 4.20ptg tadi d icu taiping.Al Fatihah.. mesej ke2: Al fatihah. ustaz Kamaruddin b. Ahmad. Mudir Madrasah Idrisiah telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 4.20ptg. 26/4/2011. Wad Icu, c2 katil 12 Hospital Taiping. Moga rohnya dicucuri  Allah Subhanu Wa taala. Innal Lillahi wa inna ilaihi roji'un. Hubungi anaknya. Lukman Razi/ munirah 018572132 / 013581323