Skip to main content

Bersama Dj Dj IKIM


I.K.I.M salah satu siaran radio yang sangat ana minati,jika Sebelum ini hanya bisa mengenali Dj2 radio lewat corong radio tetapi pada hari ini sy dapat bersama dengan Dj Erwan(rancangan Nasyid),Dj Mona Jazman(rancangan Mari Belajar bahasa Arab)dan Dj maslina(rancangan bersama Tenku Asmadi MEPS).Perasaan gembira menyusup ke dalam hati kerana dapat mengenali sebahagian DJ2 IKIM dengan lebih dekat,hampir setengah jam ana dapat berbual dengan mereka,sikap peramah benar2 sesuai dengan kerjaya mereka sebagai DJ radio Kefahaman Islam Malaysia.Pihak IKIM hadir di APIUM Nilam Puri bertujuan memberi peluang kepada pelajar2 membuat rakaman ucapan hari raya kepada orang yang dikehendaki bertempat di bilik mesyuarat APIUM.Insyaallah,rakaman akan di ON AIRkan pada hari raya ke2 sekitar jam 2 hingga 4.Ana juga sempat membuat rakaman,kene cakap bahasa Arab pulak,aduhai banyaknya salah tatabahasa hu3..Xpe,yang penting kita cuba ok..

Info:

Rupa-rupanya kak Mona yang baca berita bahasa Arab dalam IKIM tu lahir di Mesir rupanya..kacukan Mesir Melayu,patutla fasih bahasa Arab,.('',)

Dj Mona:bertudung Hitam
Dj Erwan:berkemeja Biri putih
Dj Maslina:bertudung pink
Sorang lagi tu pekerja IKIM

Comments

Popular posts from this blog

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Kisah di Iran. Wanita ini Hampir sujud atas batu "carom".

Kisah ini adalah merupakan kisah benar yang saya lalui ketika mengembara ke Bumi Parsi Iran. Kisah penuh telah saya nukil dan bukukan dalam buku Travelog kelima saya bertajuk Usrah Travelog MR Traveller. Kisah ini adalah sekadar perkongsian dan gambaran buat pembaca ketika kembara saya dan keluarga ke sana. Ayuh, saya kongsikan kisahnya. ................................... Lama juga kami berehat di luar kawasan masjid Imam zadeh Saleh sementara menanti masuknya waktu solat fardhu zohor bagi wilayah Tehran dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya aku memang berniat untuk tunaikan solat berjemaah di masjid ini. Pengalaman mahu merasai sendiri perbezaan yang dipelajari sebelum ini. Pertamanya, perbezaan yang berlaku adalah sewaktu berkumandang azan. Ada tambahan Lafaz Ali WaliyuAllah dalam laungan azan tersebut. Ia mereka yang berfahaman Syiah, sangat taksub dengan Saidina Ali. Kerana itu, ramai orang Iran bernama Ali, Husin dan Hasan. Ahli Bai...

Cinta Munafik Part 4

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tem...