Skip to main content

Posts

3 kali KENA SCAM di Luar Negara ?!!

Ketika Travel, kita pasti mahu mengelakkan kejadian seperti ditipu kerana ditipu hidup hidup ini adalah perkara yang amat menyakitkan hati. "Parut" kisah ditipu tidak akan dapat dilupakan selama-lamanya. Untuk itu, post kali ini ingin saya kongsikan kisah di mana saya ditipu di tiga negara berbeza iaitu di Vietnam, India dan Mesir. Selamat membaca dan jangan tertipu dengan kejadian yang saya alami ini ya ;) Kisah 1 – Kena Scam : Di Vietnam ( Julai 2014)  Aku bersama tiga orang teman, Zack, Zakirin dan Nukman bergerak menuju ke kota Ho Chi Minh Vietnam melalui jalan darat dari Phnom Penh, Kemboja. Kami menaiki bas dengan tiket berharga RM30 sehala. Hampir lapan jam masa diambil untuk tiba di Ho Chi Minh termasuk menaiki Feri menyeberangi sempadan Phnom Penh- Saigon dan urusan imigresen.   Perjalanan yang agak memenatkan dengan keadaan bas yang dibawa laju terhuyung hayang. Suatu kisah yang tidak dapat kami lupakan di Ho Chi Minh ini adalah ketika menaiki...

10 BUKU TRAVELOG Yang Menarik Untuk Dibaca

Ramai yang bertanya, buku Travelog apa yang boleh dibaca. Semua buku Travelog boleh baca, tapi yang ada pada saya ini ada 10 tajuk dan saya akan kongsikan secara ringkas sinopsis berkaitan buku buku tersebut. Biasanya ada harga promo untuk pembelian 5 buku iaitu hanya RM 100 dan Free Postage. Ok boleh baca dulu sinopsis ringkas buku buku ini. 1- Travelog MR.Traveller by Meor Farid Asyradi (Buku ini adalah kisah kembara seorang mahasiswa mengelilingi Eropah dengan menaiki kereta api seorang diri. Memang kalau baca buku ni macam kita pula yang mengembara sekali. Buku ni juga terpilih sebagai salah sebuah buku Best Of 2015 MPH) 2-TRAVELOG MR TRAVELLER (UNTOLD STORIES) by Meor Farid Asyradi (ini merupakan buku kedua Meor Farid Asyradi setelah buku pertamanya terjual lebih 20 ribu naskah. Buku ini ada 50 kisah benar dan ada juga kisah yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapapun. Misteri ) 3. TRAVELOG HJ MR.TRAVELLER. by Meor Farid Asyradi . (Buku ini adalah buku siri MR Travel...

Detik 26 Disember: Berikanku Kekuatan

                           Al-Fatihah Terasa jari ini mahu menulis dan pahatkan tulisan di dada  maya. Namun apakan daya tiada rasa yang  membuahkan minda ingin terus berkarya .  Kadang-kadang rasa itu hadir buat seketika dan terus pergi begitu sahaja. Itulah dunia, hanya sementara dan sangat bahaya bagi mereka yang berfikir perihal dunia tanpa mengetahui bahawa satu lagi dunia yang nyata  akan hadir bila-bila masa. Sehingga ada yang menyangkakan hari 26 Disember 2004 sewaktu dunia digemparkan dengan ombak Tsunami berskala ritcher 9.0 yang sentiasa rindu dan patuh akan titah tuhannya adalah hari kiamat!! Ketika itu semua baru ingat tuhan. SEDARLAH. Rasa malas, ingin buang masa, juga terasa waktu berlalu begitu pantas dek urusan diri yang tidak  terprogram baik dan hanya melakukan sesuatu perkara jika perlu sahaja amat membahayakan diri seorang hamba. Kita ini cuma hamba dan title itula...

Permusafiran Paling Bermakna P:1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jujur jari jemari ini sudah lama tidak menari menaip entri terkini. Hampir sahaja password blog ini luput dari ingatan, masakan tidak sudah berbelas bulan tiada post tambahan. Jika ingin mengomel pastinya memakan masa yang lama untuk dibaca, tujuan penulisan ini juga adalah untuk persediaan menulis latihan Ilmiah pada semester hadapan. Biar ada rasa semangat itu hadir dalam diri si pemalas ini. Istilah MUSAFIR sangat dekat dengan diri ini. Teman-teman seringkali bertanya kepada aku setiap kali waktu Cuti : Sahabat : weh Radi, cuti ni ko ke mana jer? Aku : tak tahu lagi, kalau ada rezeki ada la. Jikalau difikirkan perihal rezeki, ulat dalam batu juga mampu hidup berdikari. Aku bukan orang yang kaya, namun aku punya jiwa dan rasa ingin menjelajahi dunia. Jujur, di sini kita bermain dengan niat dan azam kita. Jika kita ingin sesuatu, pastikan ia berlaku. Untuk ia berlaku pasti laluannya berliku-liku. Bermula tahun 2010 aku sudah mula k...

PENGALAMAN YANG TIDAK DIDUGA...(Mas-Indo)

Salam, 1 februari-5 februari 2011 yang lepas, saya bersama teman sy Amirul (Bukhairy hadir lewat) sempat menjelajah negara jiran kita iaitu Indonesia. Kami ke sana dengan berpakaian sangat ringkas dan cuma bawa beberapa helai pakaian..Tujuan kami ke sana adalah untuk ke pesantren Darul Tauhid bagi silatutrrahim dan mengundang kiai terkenal di sana iaitu Kiai Haji AAGYM ke Malaysia.Beliau pernah diangkat sebagai tokoh agama yang terkenal di Indonesia dan merupakan seorang usahawan yang berjaya di Sana.Untuk lebih lanjut sila klik  http://www.mustikoning-jagad.com/en/sejarah/434-perjalanan-hidup-seorang-aa-gym .. Setibanya kami di Soekarno-Hatta airport Jakarta bukan sesuatu yang mudah kerana kami tiada teman di sana atau kenalan malah tour guide nya aja nggak ada. :)..Makanya, saya nanya sama warga indonesia yang ada di airport . "maaf mas, mau nanya..kota jakarta itu di mana ya" saya berbahasa Indonesia. "Jakarta itu besar, jakarta timur, utara, selatan..Qm ...