Skip to main content

Posts

This Is TMT (Travelog MR Traveller)

Seperti yang dijadualkan, tepat jam 11.42 pagi, kereta api yang dikendalikan oleh Deutsche Bahn's InterCity Express dengan nombor pendaftaran ICE 34 mula bertolak. Seperti biasa, aku boleh memilih mana-mana kerusi second class yang tidak tertulis ‘reserved’. Aku memilih kerusi di sebelah tingkap supaya dapat melihat pemandangan luar dengan jelas. Perjalanan kali ini akan mengambil masa 4 jam 40 minit. Di sepanjang perjalanan, kereta api berhenti beberapa kali untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Di satu perhentian, seorang wanita yang kujangka berumur sekitar 50-an duduk berhadapan denganku. Aku mula berbicara dengan wanita itu. Bahasa Inggerisnya amat fasih kerana beliau berasal dari Newcastle, United Kingdom. Aku juga pernah tiba di Newcastle sewaktu kembara seminggu di United Kingdom dua minggu sebelum bermulanya misi kembara dengan kereta api ini. Wanita itu semangat bercerita mengenai salah sebuah negara Scandanivia iaitu Denmark yang dirasakan cukup s...

Mesir Berdarah!!!!!

"Salamu Alaik, Keif Hal," seorang arab Mesir menyapaku saat aku melalui satu lorong menuju ke banggunan Abbasiyyah atau Malaysian Hall. Kebiasaannya orang arab Mesir ramah menyapa seseorang yang datang daripada negara luar. " Waalaikumussalam. Alhamdulillah, khoir ya said, wa anta Keif hal? " aku membalas pendek. " Alhamdulillah..tamam. " lelaki arab berumur sekitar 40an itu menjawab ringkas. Kakiku terus melangkah menuju ke bilik yang terletak di banggunan Malaysian Hall Abbasiah. Sebuah masjid berdiri teguh di belakang banggunan yang menempatkan para pelajar malaysia yang menuntut di Universiti-universiti yang terletak di Kaherah seperti Universiti Ain Syam, Universiti Azhar cawangan Mesir dan sebagainya. Pintu bilik dikuak, " Farhan, jomla jalan-jalan, aku tak naik bot kat Sungai Nil lagi ". Aku mengajak Farhan untuk keluar menikmati keindahan dan kehebatan Mesir. "okey, kejap-kejap. Aku siap dulu." Farhan bersetuju. Ka...

Coming Soon!!

-Travelog  PERMUSAFIRANKU- Oleh: Meor Farid Asyradi

Ayuh Kembali Ke Kampus, Study Terus.

Sambil mendengar lagu yang sangat menusuk hati dan mengamit memori daripada UNIC berjudul "Sahabat Sejati" ( http://www.youtube.com/watch?v=5ERkBcehpY0 ), aku coretkan rasa gembira dan bersyukur di atas apa yang terjadi yang aku yakin dan percaya kesemuanya adalah suratan illahi. Tiada kata seindah bicara, Alhamdulillah kita tuturkan kerana di situ terletaknya seribu satu makna. Pujian hanya kepada-NYA. Sahabat dan kawan istilahnya sama tetapi berbeza pada sebutan dan kesannya. Seringkali kita dengar sirah-sirah menyebut perkataan "sahabat" Nabi tiada pula kita terdengar atau terbaca, "kawan" Nabi, pasti ada sebabnya di situ. Sahabat Nabi merupakan mereka yang pernah bersama nabi dan berjumpa dgn Nabi. Sahabat-sahabat Nabi yang utama sudah pasti sangat mengenali peribadi Nabi dan menterjemahkan sunnah Nabi dalam kehidupan mereka. Kasih sayang sahabat kepada Nabi sangat tinggi sehinggakan ada yang melebihi daripada segala-galanya. Itulah erti sebenar dan te...