Skip to main content

Posts

Musafir Ke Kelate

Musafir..Menurut Istilah diari kehidupanku, musafir membawa makna menjelajah, mengembara dan menyelongkar Isi dunia kerana Allah. Ia benar, pepatah pernah menyebut, jauh perjalanan luas pemandangan. Begitulah kehidupan. Perlu bergerak atau perkataan arabnya تحّرك . Jika kita biarkan diri kita terus dibelenggu dengan sifat-sifat malas, buang masa, dan sebagainya, maka ia membuatkan diri kita berada dalam kerugian. Adapun kehidupan itu berakhir dengan dua cara. Pertamanya Husnul Khatimah dan keduanya su ul khotimah. Persoalannya, bagaimana kita mencorakkan kronologi kehidupan kita untuk menuju kepada pengakhiran yang kita impikan. Apakah medium yang kita gunakan untuk mencantikkan perjalanan jantung yang  mengepam darah kita untuk bergerak menuju Illahi. Adakah sudah cukup menyatakan kita ini beriman selagi kita tidak diuji??? Sedikit teguran pada diri yang sangat hina ini, adakah engkau mengira kehidupan engkau akan berakhir dengan keadaan baik kelak?? Ya Allah, aku mengharapka...

Ya Allah..Selamatkan misi Mereka.Aminn

ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! LAKNATULLAH. Sejak 3 hari ini aku menerima puluhan mesej yang disampaikan oleh teman2 ku..Semuanya mengenai kekejaman Zionis/Israel yang menghalang dan mahu merampas kapal2 Konvoi LL4Gaza di perairan Gaza. Dikhabarkan Kapal Mavi Marvara telah ditembak dengan helikopter Israel dan kapal2 lain dikepung oleh kapal2 Israel..Ada di antara sukarelawan yang mati shahid dan ada yang cedera akibat kekejaman Zionis walhal misi konvoi ini tiada menggunakan atau membawa sebarang senjata untuk mempertahankan diri. Mereka ke sana semata2 disebabkan perikemanusian. Pelbagai pihak mengutuk tindakan b iadab misi Israel yang dinamakan   “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza. Sebanyak 8 buah kapal dan sekitar 800 aktivis hak asasi manusia termasuk rakyat malaysia yang menyertai misi ini. Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang me...

selamat hari lahir mak

28-30 mei: aku bersama dgn adik2 SMK Yaakob Latif Kuala Lumpur yang bagi aku merupakan satu pengalaman yang baru kerana berhadapan dengan para pelajar yang bersatus bukan sekolah agama. Tambahan pula mereka masih boleh dikatakan "budak budak hingusan yang tidak mengerti apa-apa". Perasaan marah turut timbul tatkala melihat budaya mereka yang suka buat bising meskipun sedang mahu menghadap Allah(Solat). Syukur aku mampu redakannya dengan kesabaran yang sebenarnya sangat nipis. "budak-budak, aku dulu macam ni juga".Ku cuba manjakan nafsu amarahku.  Alhamdulillah,melalui bebrapa komen yang sempat ku baca  menunjukkan mereka punya kesedaran mengenai agama dan perasaan ingin berubah. Kita hanya menyampaikan dan cuba berkongsi ilmu pengetahuan. Kesudahan cerita kita serahkan kepada Allah yang maha Kuasa.  29 mei 2010:Dalam kesibukan aku bersama dengan adik-adik tingkatan 1 dan 2,aku tidak lupa mengenai kelahiran seorang wanita tanggal 29.5.1961 yang selama ini telah ...

mengopak hari, mencari erti.

sudah 2 minggu aku berada dalam perancangan Illahi, berurusan dengan karenah duniawi mungkin juga ukhrawi. Berada dalam sebuah program tarbiyah/motivasi pelajar sekolah(SMKA KEDAH) benar-benar membuatku leka diulit cinta kepadaNYA. Ia terjadi kerana pergantungan kepada Illahi. Benar, tatkala kita serahkan segala-galanya pada Illahi, kita akan merasakan sense yang sukar digali namun mudah dicari. Sedikit sebanyak coretan mengenai pelajar SMKA Kedah. Kalian mempunyai potensi jelas untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut pelajaran, bahkan perjuangan. Perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapus kebatilan. Semangat yang ada dalam diri kita ini seharusnya dijadikan medium untuk kebaikan, bukannya kehancuran. Cuba kita teliti dua situasi yang berbeza ini: 1- bersemangat untuk ke medan jihad samaada Jihad dalam menuntut Ilmu atau memerangi musuh. 2- bersemangat untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti lumba haram atau tengok bola tengah malam. pilihan mana...