Skip to main content

Posts

Cerpen 1:Lost In My Life

LOST IN MY LIFE Sesat Dalam Kehidupanku By:Dr Asy ‘’Penyesalan kebiasaannya akan hadir setelah sesuatu bencana menimpa kita. Persoalannya, perlukah penyesalan itu hadir pada detik itu? Jawapan total di tangan kita’’ Kitab itu aku pandang Sayu. Telah lama aku tinggalkan ia tersusun di situ. Hampir empat tahun. Tidak pernah aku terasa ingin menyentuhnya, apatah lagi membacanya. Hina sangatkah kitab itu padaku? tiada manfaatkah aku membacanya? Persoalan demi persoalan yang tidak ada jawapan negatifnya mengetuk pintu hatiku. Perlahan kakiku bergerak ke rak buatan kayu  jati yang menempatkan kitab itu. Tanganku dihulurkan seraya memegang erat kitab itu. Kubelek depan belakang. Berhabuk. Lantas tanganku bertindak menyapu habuk yang setelah lama bermaharajalela di kulit kitab itu. Kukucupnya. Jantungku berdegup kencang, sambil air mataku mula bergenang. Kitab itu kubuka perlahan. Kulihat baris-baris perkataan yang tidak kufahami walaupun mampu membacanya. Tulisan yang suatu ketika dah...

Selamat hari Ulang tahun Pernikahan (14-4-1985/14-4-2010)

Selamat ulang tahun pernikahan buat kedua orang tuaku iaitu Hjh Mastura dan Haji Meor Zahidi yang ke 25..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di samping anak2 tercinta.Amin:)

Lirik Yang Mendalam

Di dalam kandungan ibuku tersayang Amannya kurasakan Degupan jantungmu, jantungku Irama penuh syahdu Kuingin rasai kehangatan pelukan Belaian kasih sayang Kujaga kau di hari tuamu Andai panjang usiaku Korus Namun hanya harapan tanpa suara Di dunia cuma seketika Jasad kaku dibaluti kertas usang Terbiar bagai sampah terbuang Di manakah ibu, di manakah ayah Bonekakah atau manusia Anak tidak berdosa menjadi mangsa Oleh hawa nafsu yang serakah Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

Cinta Munafik Part5

…….. Suasana Hospital Kuala Kangsar yang sedari tadi senyap sunyi kini kecoh dengan suara kerisauan dan pergaduhan mencari kesalahan antara satu sama lain.Baju Tariq berlumuran darah.Masih tidak mampu menerima hakikat.Sepatutnya dia yang dilanggar.Tapi kenapa bukan dia. Mujahid And The Gang sepakat menyalahi Tariq sebagai punca kemalangan ke atas Saiful Muslim.Tariq orang pertama yang bersetuju untuk Saiful turut serta.Mereka sebenarnya tidak mahu dipersalahkan dalam kejadian ini.Walaupun jauh di sudut hati keimanan Mujahid merasakan dia adalah antara punca kejadian.Dia adalah ketua rombongan pada malam itu.Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi.Mengamit suasana yang hiba ini.Air mata Tariq mula menitis.Terkilan dengan sikap Mujahid And The Gang dan tertelan dengan kemahuannya untuk keluar pada malam itu. “Ya Allah,ujian apa yang menimpaku ini.Kenapa Saiful menjadi mangsa keadaan??”persoalan yang tiba-tiba wujud di fikirannya disimpan.Bagai tidak dapat menerima ketentuan dan t...