Skip to main content

Posts

Selamat Tinggal APIUMNP

Parent dan adik-adikku datang pada 15/3/2010. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta Gen2 kuning. mereka semua menginap di hotel Sabrina Kota Bharu.Saya dan sepuluh orang sahabat yang lain pergi ke kampung Kalai Jeli untuk melawat keluarga angkat di sana.Petangnya pula kami berehlah di Lata Janggut.Sewaktu BAKSIS yang lalu tak dapat mandi di Lata Janggut kerana kepadatan tentatif program.Malamnya pula,Masing-masing menginap di rumah keluarga angkat.keesokannya,kami meneroka Gunung Reng.Gunung yang pernah saya ceritakan sejarah kekononannya sebelum ini.Dapat juga mendaki gunung ni.Sebelum ini hanya mampu melihat dari luar je.Kemudian kami ke rumah Rasyid dan seterusnya kembali ke Nilam Puri. Selepas Solat Zohor Saya dan keluarga pulang ke Perak.Dapat juga saya merasa memandu ke Perak menyelusuri banjaran titiwangsa.Alhamdulillah selamat sampai pada malamnya.Ya Allah,sudah 2 tahun aku berada di Nilam Puri.Sungguh banyak pengalaman yang ku terima persoalannya apa sumbanganku pada...

Program Berprestij iaitu Malam Anugerah Kolej

Dewan makan Renaissance menjadi saksi kepada kami iaitu pelajar yang akan memasuki ke alam sebenar universiti tidak lama lagi.Sudah 4 semester kita bersama dan malam tadi kita berada di bawah sinaran cahaya lampu kristal yang bernilai mencecah ratusan ribu ringgit untuk majlis Malam Anugerah Kolej.Perasaan takjub sedikit terpancar di hatiku kerana tidak sangka dapat memasuki tempat semewah itu.Jika selama ini kuhanya merenung kotak banggunan yang mempunyai ketinggian 20 tingkat dan dikatakan merupakan hotel bertaraf tiga bintang,tetapi pada malam tadi aku berjaya memasuki perut banggunan tersebut dan menguntai sebuah kronolgi kehidupan. malam Anugerah kolej diadakan untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pelajar yang telah memberi sumbanngan dan khidmat kepada kolej.Antara individu yang menerima anugerah-anugerah tersebut ialah MPP/JTK,pengarah-pengarah Program(aku sebagai pengarah program piala pengetua),anugerah kepada para penyelia kolej,Tokoh pelajar cemerlang(Idris...

Hilangnya Sebutir Mutiara yang Berkilau

Berita pemergian Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah , Syaikhul Azhar al-Syarif sangat membuatku terkejut.Seoarang Ulama besar yang sangat hebat berkata-kata dan mengamalkannya telah pergi buat selama-lamanya. Semasa hayatnya, Tantawi yang juga Sheikh Universiti Al Azhar dikenali sebagai tokoh agamawan yang menjadi pemimpin rohani kepada lebih sebilion kepada penganut sunnah. Beliau juga dikenali sebagai ulama yang mempunyai pandangan moderat dan menentang sebarang bentuk keganasan atas nama Islam. Al-Azhar, ialah antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka di dunia Islam yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. Beliau dikisahkan sangat khusyuk membaca sehinggakan beliau mengarahkan seorang pembantu untuk mengingatkannya sekiranya masuk waktu solat.lihat betapa cintanya beliau pada ilmu.Cuba kita fikirkan mengenai diri kita??. Syaikhuna wafat pada pagi 10 Mac 2010 di Makkah al-Mukarramah ketika ...

Muktamar ISRAK(9/3/2010)

AsSalamualaikum kepada semua pembaca.Alhamdulillah telah selesai peperiksaan terakhirku di sini.Adat peperiksaan pasti ada yang sukar dan ada yang kurang sukar.Semoga Allah memberi kecemerlangan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Semalam telah selesai majlis Muktamar ISRAK(Anak-anak negeri Perak).Antara perkara yang ingin saya sebutkan ialah: *Mohan maaf sekiranya saya melakukan banyak kesalahan sepanjang mengendalikan kepimpinan ISRAK  *Ribuan terima kasih kepada timbalan Presiden(Ustazah Hanani)dan para muslimat yang lain kerana telah bekerja keras bagi menjadikan ISRAK ini maju. *harapan semoga ISRAK terus Maju ok. Info:Kepimpinan baru: Presiden:Safwan T.Presiden:Ummi Ainaa

AKU CINTA PADAMU

Sejauh mana aku cintakan nabi sedangkan nabi begitu sayangkan umatnya, sejauh mana aku melazimi kehidupan nabi sedangkan aku sibuk di alam maya, sejauh mana aku pertahankan nabi sedangkan aku sibuk dengan dunia yang fana, sejauh mana aku rindukan nabi sedangkan aku jarang mengingatinya. Muhasabah semula diri kita. Adakah kita antara golongan yang bakal duduk setempat dengan Nabi Adakah kita antara golongan yang mendapat syafaatnya di hari kebangkitan nanti Adakah kita antara golongan yang meletakkan cinta padanya di tangga kedua setelah pecipta langit dan bumi Adakah Kita Adakah Kita Persoalan demi persoalan yang sukar dijawab......... salam maulidur Rasul