Skip to main content

Posts

2010 menjelma

Tahun 2010..Tidak perlu sambut menyambut kedatangan tahun baru,takde faedahnya.Watpe nak raikan ulang tahun hari jadi tuhan yahudi dan kristian.Bahaya pada akidah kita.Malam tadi saya berada di Ipoh dgn adik sy,Nak amik sedare untuk pergi melawat mak cu dan pakcu yang baru balik dari makkah.Disepanjang perjalanan dapatlah saya melihat keseronokan manusia yang mahu menyambut Tahun Baru.Ade yang merempit,berpasangan dan berkumpulan.Lain pula dengan di gereja Silibin.kelihatan sangat penuh.Gereja terbuka luas menyambut kedatangan penganut kristian.Mereka buat apa di situ.Sudah pasti meraikan tuhan mereka.Berpakaian meriah dan siap ade slide show dalam gereja.Selebihnya saya tidak tahu. Semasa berada di rumah makcu jam sudah menunjukkan jam 12.06 A.m..Namun begitu,kemeriahan menyambut kedatangan Haji Azman dan hajah Liza tetap terpapar di wajah setiap insan.Alhamdulillah. Info:*analisa tahun 2009 hidupku bakal menyusul. *esok pul...

UMKL(23-25/12/2009)

Kembara Nilam mengamit sebuah memori indah seorang budak kampung.Kali pertama menjejakkan kaki di kampus induk Universiti Malaya benar-benar membuatkanku teruja.Boleh dikatakan antara tempat yang kudambakan untuk berada.Tercapai sudah akhirnya. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam memang memenatkan,namun ia terhadam setelah melihat pintu gerbang Universiti malaya.Dapat bersembahyang subuh berjemaah di masjid Ar Rahman yang terletak berhampiran pintu masuk Um sangat mengasyikkan sebelum menetap di kolej lapan iaitu kediaman Kinabalu. Sejurus itu,bersama dengan perwakilan(MPMUM)untuk mengadakan sesi dialog bersama mereka yang sudah pastinya antara orang yang sangat berpengaruh.kemudian melawat Akademi pengajian Islam UMKL iaitu tempat belajar yang bakal ku berjuang.pelbagai input yang ku terima melalui taklimat yang disampaikan oleh 2 orang pensyarah iaitu profesor Dr Ishak dan Dr Mustafa.Seusai itu kami bertolak ke Kolej untuk berehat sebelum mendengar sesi ceramah mengenai kemp...

Salam For All Excellent PMR Candidates

Sudah biasa dengan tarikhnya,acap kali Merry Christmast menjengah tiba,sijil keputusan PMR turut bertakhta di jiwa pelajar tingkatan tiga.Kalau dahulu aku turut merasa menerimanya dengan hati yang lara tatkala mendapat keputusan yang ala kadar.Kali ini adikku(anak keempat)pula yang menerima dengan kadar yang maksimum.8A menjadi genggamannya.Tahniah Meor Muhammad Faizwan Bin Meor Zahidi(insan disebelah Ibuku)iaitu pelajar cemerlang sekolah menengah sains teluk intan(SEMESTI) yang turut menerima hadiah PSP daripada papa dan mama(PAMA).Bangga berbaur dengki rasanya(",). Info:*baru pulang dari UMKL.ceritanya bakal menyusul kelak. *dalam perancangan melanjutkan pelajaran sementara di Timur tengah. Doakan semoga berhasil ya semuanya *31hb ini pakcu makcu akan pulang dari Makkah.

Selamat Tahun Baru Hijriah

Azam baru????? Buang Yang keruh ambil Yang Jernih banyak dosa yang perlu dikikis, mendambakan pahala yang tertulis, Di setiap titis air mata yang menitis Oh Tuhan Yang maha penyayang, aku serik dengan dosa yang terbayang, yang juga menutup peluang, mendapat janjimu yang luas terbentang. Duhai Syurga,Aku dambakan bauanmu, Ketenangan memasuki pintumu, Kemegahan berada di dalam perutmu, Keindahan kehidupan abadi bersamamu. Sejauh mana serius aku dalam melontarkan bait-bait ini, bakal teruji dengan azam baru hijriah ini. Bukan mudah dan bukan sukar pada hakiki, tetapi terhampar pada persepsi dan keikhlasan hati. Info*:malaysia menang bola Sepak Sukan Sea loas.1-0.Vetnam cuba lagi ok..Tahniah pasukan Malaysia.Dapat juga medal emas setelah mengidam selama 20 tahun.Tapi time main tadi tu tak sesuaila.Dah maghrib dah nak isyak plak tu.aiseh..DUNIA-DUNIA.

Syukran Sinar Harian

Salam. Syukran ke atas pihak Sinar harian Info Sukan yang sudi mengabdikan kisah Futsal kami dalam ruangan Sukan anda.Walaupun banyak fakta yang salah namun kami menerima seadanya.Mungkin salah saya walaupun saya telah memberi maklumat yang benar lagi sohih melalui E mail(",). (Ape-ape pun,saya telah memperbaiki tulisan anda). Info *Gunung Berapi Mayon Filipina muntahkan laharnya. *Saya,amirul dan Arif memasuki pertandingan Forum yang dianjurkan di Nilam Puri.Spontan aja,tajuk hebat sangat Pengembaraan Roh.adoiii.Tak tahulah ape keputusannya.Yang penting kita dapat menyampaikan Ilmu Allah yang luas walaupun sedikit. *adakah Malaysia mampu menjadi juara bola sepak sukan sea Laos??.Kalahkan Vietnam ok.