Skip to main content

Posts

Perginya Sebuah Permata

sebuah gegaran 0 sekala ritcher bergegar di atas meja belajarku.Tanganku menggapai telefon bimbit,ada satu mesej yang diterima daripada Zikri.Seorang sahabat yang berbadan agak sasa,merupakan Mas U lku ketika semester satu.Hebat orangnya.Kuat tarbiyahnya.Mulutku terlopong.Ingatanku terus berputar ligat,melawan arus masa,menjengah saatku ketika berada di semester satu. Derapan kasut kedengaran.Seorang pensyarah berpakaian kemas,bertali leher memasuki bilik kuliah.keadaan di bilik kuliah yang berada pada suhu 26 darjah celcius itu tenang menerima kedatangan seorang insan yang dikagumi. "Assalamualaikum"ucapan salam diucapkan dari bibirnya yang menguntum sebuah senyuman.Seperti biasa,beliau akan mengucapkan salam terlebih dahulu kepada kami.Kami menyambut salamnya. "kenapa tak penuhkan bahagian depan,"beliau mengajukan satu persoalan yang sering diajukan oleh kebanyakan pensyarah kepada pelajar Akademi Pengajian Islam Nilam Puri terutamanya bagi pelajar lelaki.Aku juga...

Rakyat Selangor Tenang

Ape nak jadi dengan negara ni,tak cukup ke kisah tauladan ape yang berlaku sewaktu perampasan kawasan di Palestin lalu dinamakan kerajaan Israel,tak cukup ke ape yang berlaku di negeri Perak,tak cukup ke ape yang berlaku kepada pemikiran rakyat yang bercelaru,x cukup ke semua tu.,Sudahla,,hentikan sandiwara ini,hentika drama politik ini,hentikan bermain dengan perasaan manusia yang mampu berubah-rubah.Jangan sampai sesuatu yang lebih dahsyat terjadi.Ya Allah,bantulah kami di negara ini,kembalikan keamanan kepada kami.Tenangkanlah hati-hati kami.Agak terkejut saya melihat berita mengenai Adun Pelabuhan Klang Encik Badrul Hisyam Abdullah .Berti ndak keluar daripada parti ,menjadi bebas dan menyokong BN..mudahnye perkara ini terjadi,sudahla,saya malas nak bicara soal ini,kita punya akal fikiran,kita fikirkan apa yang betul,apa yang salah,saya di sini tak tahu apa yang berlaku,so jangan dakwa saya apa-apa,saya termasuk AUKU('',).cuma meluahkan apa yang saya rasa.Kita jangan cepat m...

Apa berlaku??

Alhamdulillah,hari ini saya dapat melawat mak di hospital.Kelihatan beliau semakin pulih dan doktor mengatakan mak negatif TB,hanya suspek TB je sebab tanda2 seakan-akan TB.Saya Asyraf dan Hisyamuddin(jiran) telah menjemput Opah dan Tok di rumah Silibin untuk sama-sama melawat mak.Opah ada mengatakan,bagila sakit tu kat opah,opah dah tua.Saya ketawa kecil,apelah opah ni.suka makan kerepek. Jalan pada masa itu agak sesak,kelihatan beberapa jalan utama ditutup rapi oleh pihak polis.Kelihatan Helikopter TV3 berlegar-legar di udara.Sidang Dun Perak sedang dijalankan.sempat juga saya mengusik opah saya."opah,sape menteri besar perak?tanya saya."sape tu,Nazri ke namenye"opah mengagak."Zambry la opah"aku membetulkanya."aha,Zambry menteri besar"opah menjawab yakin."bukan Nizar ke"aku mempertikai jawapannya."ish,Zambryla.Sultan pilih dia."opah menegakkan keadilan"opah,Nizar la he3"aku menyakatnya.Aku tahu opah sangat sayang akan k...

Rintihan Seorang Anak

Matanya merah menahan sebak di dada.Cuba dibendung namun ternyata air mata jantannya tetap menitis.Tangannya terus menadah mengharap ihsan dari sang pencipta semesta.Hanya kepadanya tempat bergantung dan meminta pertolongan. Ingatan Asyradi masih tertaut kepada seraut wajah cantik yang telah bertarung dengan maut untuk melahirkannya ke dunia ini.Seorang ibu yang telah banyak memberi tunjuk ajar,pertolongan dan kasih sayang berterusan. "Arid,cepat,tolong mak ni.."Puan Mastura memanggil nama anak kesayangannya.Keadaannya seperti sedang bergegas hendak menuju ke suatu destinasi yang tidak dirancang,suami tercintanya masih bertugas di Institut Perguruan Ipoh hulu Kinta sebagai seorang pensyarah Muzik.Asyradi sedang enak menikmati juadah tengahari.Nasi berlaukkan ayam golek. "Ye Mak,tengah makan ni"balas Asyradi sambil tangan dan mulutnya terus bekerjasama aktif bagi menghabiskan hidangan lazat tersebut.Tambahan pula,dia berazam untuk menambahkan berat badannya.Tidak hai...

JOM BACA(",)

salam..lame juga tidak update blog ni,,Alhamdulillah diberi peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri yang lemah dan disaluti dgn dosa ini..Pelbagai pengalaman baru yg positif dan negatif sepanjang Yaumul Utlah ini dan sy tidak berminat untuk menceritakannya di sini.Pelbagai cara dakwah yang kita dapat lihat di dunia ini,ada yang berdakwah melalui radio,video,nasyid,puisi,usrah,talaqqi,penulisan dan sebagainya.Kali ini sy ingin mempromosikan dua buah novel yang dikarang oleh Ukhti Fatimah Syarha yg berjudul Syabab Musafir Kasih dan Tautan Hati.Sesuatu yang agak ganjil berlaku ketika pulang ke rumah setelah saya membeli novel Syabab Musafir Kasih yang berharga agak mahal ini tetapi berbaloi.Saat sy online YM,tiba2 ukhti fatimah Syarha pon online,sy memberi salam dan kami berbalas mesej,saya dah lama add beliau di YM ini setelah mendapat tahu emailnya melalui radio IKIM,dan inilah kali pertama beliau online setelah setahun lebih membiarkan ia menyepi dan beliau mengatakan All...