Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

MAS - SG

Negara Ke-4: Mata Farid kelihatan dikecilkan gara-gara sinaran cahaya matahari yang benderang. Dia terus merenung ke luar tingkap sambil memikirkan sesuatu. Bas First Coach bergerak pantas menuju ke negara yang terkenal dengan gelaran Kota Singa atau Lion City . Haulid sudah lena diulit mimpi diikuti hampir keseluruhan penumpang termasuk dua orang gadis Singapura yang mesra dipanggil Has dan Uney. Pemandu bas yang segak berpakaian baju korporat warna putih berbelang hijau kelihatan fokus pada pemanduannya. Berbaki 2 jam untuk melepasi imigresen yang memisahkan antara dua negara yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Malaysia dan Singapura. Dan saat ini, negara kecil Singapura ini meliputi 63 buah pulau dan sebahagian tanah besar dengan keluasan hanya 704 kilometer per segi. Seiring dengan Hong Kong, Korea  Selatan dan Taiwan, Singapura juga telah diangkat sebagai ‘4 Asian Tigers’. Difahamkan, Singapura mempunyai pelabuhan yang tersibuk di dunia dan merupakan pusat tukaran mata

21 TAHUN ??? Alhamdulillah.

SubhanAllah wal Hamdulillah, segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam. Kurniaan umur yang panjang seharusnya digunakan dengan sebaiknya. Setiap kali umur bertambah menandakan bahawa kita mendekati kematian. Selama 21 tahun hidup di dunia yang penuh dengan godaan dan rintangan, tidak kurang juga kemanisan dan keriangan sangat mematangkan kita dalam pemikiran. Siapa sangka kita mampu hidup sejauh ini, bayangkan sekiranya saat umur kita masih muda sudah ditimpa musibah yang tidak diduga dan barangkali kita sudah tiada di dunia ini. Ini sudah pasti kurniaan yang sangat besar dari Allah kepada kita, maka wajiblah kita sebagai hamba bersyukur atas nikmatnya selari dengan tindakan kita. Saya hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan saya dan mengucapkan dengan ucapan selamat hari lahir samaada melalui Facebook, HP dan apa-apa cara sekalipun, setiap ucapan kalian amat memberi makna yang mendalam bagi diri yang sangat hina di sisi Al

Ada Apa Dengan Ibu???

Persoalan di atas bila sekali baca seakan-akan agak keterlaluan, tapi bersabarlah kerana ia cuma persoalan bagi mereka yang tidak tahu erti seorang Ibu. Jika kita baca Ada Apa dengan Cinta?? persoalan ini mengundang tanda tanya yang pastinya berbeza. Ada yang akan mengatakan cinta itu ibarat kurap, rasa sedap bila digarukan, ada juga yang menjawab cinta ibarat kentut, sakit ditahan dan lega bila dilepaskan dan pelbagai lagi. Namun jika persoalannya Ada apa dengan Ibu?? pastinya jawapan yang hampir sama. Mungkin ada yang menjawab: -"Kalau awak suruh saya memilih antara awak dan ibu saya, sudah pasti saya memilih ibu kerana ibu hanya       satu tidak boleh dicari ganti manakala gadis lebih dari satu dan boleh dicari lagi jika mahu". :) -Ibu adalah segala-galanya... -Aku cintakan ibu... -Ibu membuatku bahagia, Ibu yang membesarkanku dari Kecil -Ibu adalah ratu dalam hidupku. -Ibu adalah dahan bagi pokok yang merimbun. -Ibu ada rasa penat menjaga kita walaupun dia menye

Dalam Mihrab Cinta Membangun Jiwa

"BECIK KETITIK OLO KETORO " adalah salah satu petikan ayat daripada filem Dalam Mihrab Cinta yang membawa erti, Setiap kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang pasti akan kembali pada diri sendiri.  Melihat kepada mesej ringkas ini, kita dapat memahami bahawa apa-apa pun kejahatan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada diri kita walaupun di dunia balasannya belum kita terima kerana di akhirat menanti kita. Sedikit perkongsian, sekarang isu yang hangat dibincangkan malah diperkedai kopikan di negara kita adalah soal video sex yang dikaitkan dengan seorang Insan yang juga manusia biasa tetapi cuma diberikan jawatan yang dipandang oleh seluruh rakyat malaysia. Saya juga tidak mahu ulas isu ini dengan terperinci dan hanya perlu berbalik kepada mesej yang saya sebutkan di atas. Sama juga dengan isu angkat sumpah laknat, saya juga khawatir dan hairan, adakah ini jalan penyelesaian yang sepatutnya digunakan atau diamalkan di negara kita. Saya juga tidak ma