Kembara Nilam mengamit sebuah memori indah seorang budak kampung.Kali pertama menjejakkan kaki di kampus induk Universiti Malaya benar-benar membuatkanku teruja.Boleh dikatakan antara tempat yang kudambakan untuk berada.Tercapai sudah akhirnya. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam memang memenatkan,namun ia terhadam setelah melihat pintu gerbang Universiti malaya.Dapat bersembahyang subuh berjemaah di masjid Ar Rahman yang terletak berhampiran pintu masuk Um sangat mengasyikkan sebelum menetap di kolej lapan iaitu kediaman Kinabalu. Sejurus itu,bersama dengan perwakilan(MPMUM)untuk mengadakan sesi dialog bersama mereka yang sudah pastinya antara orang yang sangat berpengaruh.kemudian melawat Akademi pengajian Islam UMKL iaitu tempat belajar yang bakal ku berjuang.pelbagai input yang ku terima melalui taklimat yang disampaikan oleh 2 orang pensyarah iaitu profesor Dr Ishak dan Dr Mustafa.Seusai itu kami bertolak ke Kolej untuk berehat sebelum mendengar sesi ceramah mengenai kemp
Melihat arus terus berjalar,yang ditinggal pinta dimalar.