Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Mesir Berdarah!!!!!

"Salamu Alaik, Keif Hal," seorang arab Mesir menyapaku saat aku melalui satu lorong menuju ke banggunan Abbasiyyah atau Malaysian Hall. Kebiasaannya orang arab Mesir ramah menyapa seseorang yang datang daripada negara luar. " Waalaikumussalam. Alhamdulillah, khoir ya said, wa anta Keif hal? " aku membalas pendek. " Alhamdulillah..tamam. " lelaki arab berumur sekitar 40an itu menjawab ringkas. Kakiku terus melangkah menuju ke bilik yang terletak di banggunan Malaysian Hall Abbasiah. Sebuah masjid berdiri teguh di belakang banggunan yang menempatkan para pelajar malaysia yang menuntut di Universiti-universiti yang terletak di Kaherah seperti Universiti Ain Syam, Universiti Azhar cawangan Mesir dan sebagainya. Pintu bilik dikuak, " Farhan, jomla jalan-jalan, aku tak naik bot kat Sungai Nil lagi ". Aku mengajak Farhan untuk keluar menikmati keindahan dan kehebatan Mesir. "okey, kejap-kejap. Aku siap dulu." Farhan bersetuju. Ka