Sambil mendengar lagu yang sangat menusuk hati dan mengamit memori daripada UNIC berjudul "Sahabat Sejati" ( http://www.youtube.com/watch?v=5ERkBcehpY0 ), aku coretkan rasa gembira dan bersyukur di atas apa yang terjadi yang aku yakin dan percaya kesemuanya adalah suratan illahi. Tiada kata seindah bicara, Alhamdulillah kita tuturkan kerana di situ terletaknya seribu satu makna. Pujian hanya kepada-NYA. Sahabat dan kawan istilahnya sama tetapi berbeza pada sebutan dan kesannya. Seringkali kita dengar sirah-sirah menyebut perkataan "sahabat" Nabi tiada pula kita terdengar atau terbaca, "kawan" Nabi, pasti ada sebabnya di situ. Sahabat Nabi merupakan mereka yang pernah bersama nabi dan berjumpa dgn Nabi. Sahabat-sahabat Nabi yang utama sudah pasti sangat mengenali peribadi Nabi dan menterjemahkan sunnah Nabi dalam kehidupan mereka. Kasih sayang sahabat kepada Nabi sangat tinggi sehinggakan ada yang melebihi daripada segala-galanya. Itulah erti sebenar dan te
Melihat arus terus berjalar,yang ditinggal pinta dimalar.