Universiti Malaya hari ini melakar sejarah gara-gara lawatan rasmi TYT Wen Jiabao Perdana Menteri Republik China ke Universiti tertua di Malaysia tersebut. Beliau hadir untuk bersama-sama dengan warga Universiti terutamanya bersama dengan pelajar daripada negara China, namun kedatangan beliau bukan sahaja diraikan dengan penuh gilang gemilang oleh staff dan para pelajar Universiti malaya tetapi turut dimeriahkan lagi dengan demostrasi kecil dilakukan oleh kumpulan yang menuntut pembebasan aktivis hak asasi manusia China Ai wei Wei yang diadakan beberapa minit sebelum ketibaan PM China tersebut. Sila klik http://www.malaysiakini.com/news/162618 pasti mereka ada sebab buat perkara tersebut. Kita nantikan apa kesudahannya. Sejujurnya, kedatangan beliau ke Universiti Malaya mengingatkan aku saat berada di China (2 hari lagi genap setahun peristiwa saat aku berada di sana). Negara yang sangat maju walhal mereka menggunakan bahasa ibunda sendiri. Masih ingat lagi ...
Melihat arus terus berjalar,yang ditinggal pinta dimalar.