Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

AKU CINTA PADAMU

Sejauh mana aku cintakan nabi sedangkan nabi begitu sayangkan umatnya, sejauh mana aku melazimi kehidupan nabi sedangkan aku sibuk di alam maya, sejauh mana aku pertahankan nabi sedangkan aku sibuk dengan dunia yang fana, sejauh mana aku rindukan nabi sedangkan aku jarang mengingatinya. Muhasabah semula diri kita. Adakah kita antara golongan yang bakal duduk setempat dengan Nabi Adakah kita antara golongan yang mendapat syafaatnya di hari kebangkitan nanti Adakah kita antara golongan yang meletakkan cinta padanya di tangga kedua setelah pecipta langit dan bumi Adakah Kita Adakah Kita Persoalan demi persoalan yang sukar dijawab......... salam maulidur Rasul

Exclusive LUNCH For Majmuah 8

Sudah 4 SEM kita bersama.Menempuh hari-hari yang adakalanya baik dan adakalanya buruk.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap kelaparan pasti ada kekenyangan.2 hari lepas restoran CHIANGMAI menerima kunjungan ahli majmuah 8 yang ingin mengadakan malis makan tengahari sempena majlis perpisahan.Antara perkara menarik yang dijalankan adalah makanan ala-ala Thai,penyampaian anugerah bagi setiap pelajar,kehadiran VVIP(ustaz Usman Yasin-mentor majmuah8)dan cabutan bertuah. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan atas setiap perkara yang berlaku sepanjang kita bersama-sama berada di bawah nama MAJMUAH 8.Teruskan perjuangan kita di sini dan sama-samalah kita melangkah ke UMKL yang penuh dengan duri onak.

Kronologi Cinta Munafik.

maaf pada pembaca yang sering bertanya mengenai pembikinan novel Cinta Munafik.Sebenarnya saya masih lagi dalam mencari idea,ruang dan peluang untuk meneruskan penceritaan novel ini.Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam penulisan ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi mengikuti perkembangan novel ini.Doakan saya agar dapat meneruskan penceritan novel berunsur islami ini. Semalam saya sempat berbicara dengan penulis novel terkenal(ALAF 21) Kak Aina Emir melalui YM.Saya pernah membaca novelnya yang bertajuk Seharum Kasih ketika saya tingkatan 5 dahulu.Menarik.Banyak lagi novel yang telah beliau karangkan.Saya juga sempat menyuruh beliau memberi kritikan mengenai "Cinta Munafik"dan komen beliau adalah seperti berikut: emir_aina@yahoo.co.uk Salam, Radi Okey, Kak Aina dah baca sampai habis. Komen Kak Aina: Sebuah penulisan yang interesting. Kebetulan Kak Aina memang tahu sangat latar belakang sekolah dan suasana di tempat itu... almaklumlah k

Kisah Pendamba Kemalasan

Dasar pemalas,mengapa kau jadi pemalas sedangkan kau tau ia menyusahkan kau,kau dah tau dah kemalasan itu mampu membuat kau jadi tension ,tapi kau sikitpun tak amik peduli.berapa kali aku dah kata dekat kau,kau anggap je sifat malas tu macam najis di mangkuk tandas.Tak perlu dilihat dan dinikmati.Cuma perlu FLASH je biar bersih mangkuk tandas tu.PAHAM.! Sekelumit teguran keras dan jijik pada diri sendiri.Sudah berminggu-minggu saya tidak menari-narikan jari dengan tarian hip hop di hadapan blog ini.Semuanya disebabkan gara-gara kerja yang bertangguh dan perasaan diri yang tidak mahu melakukan itu ini.Sudah tahu diri itu banyak komitmen boleh bersenang-senang dan berlengang kangkung lagi.Justeru,kepala jadi berat dan badan pula menjadi penat adalah akibatnya. Sedikit sebanyak ingin saya kongsikan bersama pembaca yang sudi membaca termasuk ibu bapaku yang merasakan LaP Top ku  ini rosak akibat aku sudah tidak lama meng update Sesuatu untuk dikongsi.Sudah beberapa kali saya memak